Laporan Tahunan UPNM 2010 - page 40

L a p o r a n Ta h u n a n
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia 2010
39
4) Program MERSIK ke Padang, Indonesia
1 - 7 Jun / Padang, Indonesia - Seramai 47 sukarelawan mahasiswa Institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) menyalurkan khidmat sukarelawanan di beberapa tempat sekitar
Padang, Indonesia, iaitu Parit Malintang, Lubuk Alung, Ampek Lengkuang, Topaz
dan Kota Pariaman melalui program Meniti Sinar Kasih Padang Indonesia 2010 atau
‘MERSIK 2010’. Program yang bertemakan ‘1 IPTA, 1 MALAYSIA, 1 NUSANTARA’ ini turut
disertai oleh Dr. Saharudin Ismail, Setiausaha Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia dan Prof. Wan Mahzom Ahmad Shah, Timbalan Naib Canselor
(HEPA) UPNM merangkap Pengerusi Sekretariat Majlis Sukarelawan Universiti-universiti
Malaysia (MASKUM). Para sukarelawan telah menggembleng tenaga dan keringat
bagi membaikpulih masjid dan surau, melaksanakan program kesihatan dan motivasi
kepada anak-anak yatim, kempen bumi hijau dan program silaturrahim dengan
mangsa gempa bumi di Padang, Indonesia yang telah terjejas teruk akibat gempa
bumi pada 30 September tahun lalu.
5) Minggu Haluan Siswa 2010
4-10 Julai / UPNM Sungai Besi - Seramai 883 orang pelajar telah mendaftar sebagai
pelajar baharu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bagi sesi 2010/2011 yang
terbahagi kepada 383 pelajar asasi (339 pelajar kadet dan 44 pelajar awam) serta
500 pelajar tahun 1 (275 pelajar kadet dan 225 pelajar awam). Program Minggu
Haluan Siswa UPNM Sesi 2010/2011 telah diadakan selama seminggu di Dewan
Tun Templer, Maktab Tentera Diraja bagi memberikan pendedahan awal kepada
pelajar-pelajar baharu mengenai sistem pembelajaran dan kehidupan di kampus,
selain membentuk pembangunan sahsiah pelajar melalui pengisian program-
program yang telah dirancang awal. Antara pengisian program ialah ceramah
daripada Institut Integriti Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ceramah kemahiran
belajar, taklimat Universiti merangkumi bidang akademik, hal ehwal pelajar, fakulti,
Pusat Asasi, Pusat Bahasa, perubatan, Perpustakaan, Majlis Perwakilan Pelajar, Ujian
Tahap Kemahiran (Bahasa Inggeris dan Matematik), latihan dalam kumpulan dan
pertandingan sukan. MHS 2010 tambah bermakna dengan kehadiran YB Dato’ Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang telah merasmikan MHS2010 dan
seterusnya pada 8 Julai pula, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin
Abdullah berserta rombongan pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi
dan wartawan media cetak dan elektronik.
6) Kempen Derma Darah Bersiri
20 - 22 Julai / Anjung Nautika, UPNM - UPNM melalui Sekretariat Rakan Muda IPT
UPNM dan Bahagian HEPA telah menganjurkan program Derma Darah Peringkat
Universiti untuk siri ketiga pada tahun ini. Dengan bertemakan ‘Menderma Mampu
Menyelamatkan Nyawa Yang Tersayang’, kempen ini telah menarik minat seramai
512 warga kampus yang terdiri daripadamahasiswa dan kakitangan untuk bersama-
sama membantu menyumbang dan menderma darah pada kali ini. Program bersiri
ini diadakan bagi membantu Tabung Darah Negara dalam usaha meningkatkan
bekalan darah negara untuk kegunaan dan bantuan kepada yang memerlukan.
Mahasiswa Berkualiti
1...,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39 41,42,43,44,45,46,47,48,49,50,...145
Powered by FlippingBook