Page 170 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 170

Sumber Manusia

              UPNM sentiasa menyokong dan membuka peluang kepada staf untuk meningkatkan prestasi
              dan kompetensi dalam pelaksanaan tugas melalui latihan jangka panjang. Antara latihan yang
              ditawarkan  ialah  Cuti  Belajar,  Cuti  Pasca  Doktoral  dan  Sub  Kepakaran,  Cuti  Sabatikal  dan
              Sangkutan Industri.
              Cuti Belajar

              Seramai 20 orang staf aktif cuti belajar yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik
              sedang  melanjutkan  pengajian  di  peringkat  Doktor  Falsafah  di  dalam  dan  luar  negara.  Pada
              tahun semasa, empat (4) orang staf telah memperoleh kelulusan untuk melanjutkan pengajian
              yang menjadikan jumlah keseluruhan yang sedang aktif cuti belajar ialah 24 orang.
              Cuti Pasca Doktoral dan Cuti Sabatikal


                Jadual 41:          Bilangan Keseluruhan Staf Aktif Cuti Belajar Tahun 2023


                                                                Doktor Falsafah
                        Kumpulan Jawatan                                                       Jumlah
                                                            DN                  LN
                             Akademik                        17                  5               22

                          Bukan Akademik                     2                   0               2
                        Jumlah Keseluruhan                   19                  5               24


              Cuti Pasca Doktoral merupakan satu kemudahan yang disediakan kepada staf akademik dengan
              tujuan  menggalakkan  mereka  menjalankan  penyelidikan  dan  berinteraksi  dengan  kumpulan
              penyelidik-penyelidik di luar negara. Kemudahan ini adalah khusus untuk staf akademik yang
              baru memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan menjalankan projek yang khusus dalam
              penyelidikan berkaitan bidang mereka. Universiti telah meluluskan seorang staf akademik untuk
              mengikuti Cuti Pasca Doktoral pada tahun 2022 dan kekal aktif sehingga tahun 2023. Perincian
              adalah seperti Jadual 42.
              Cuti Sabatikal pula adalah salah satu kemudahan yang diberikann kepada staf akademik sebagai


                Jadual 42:          Senarai Staf Akademik yang Terlibat dengan Cuti Pasca Doktoral


              Bil.         Nama dan Fakulti               Tempat            Tajaan           Bidang

               1.     Dr. A’qilah binti Ahmad Dahalan   University of   Marie Sklodowska   SMART 4.0’
                                                       Limerick, Ireland  Currie Action   with CONFIRM
                                                                           (MSCA)        Centre for Smart
                                                                                          Manufacturing



















                   Laporan Tahunan 2023
              170  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175