Page 173 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 173
Sumber Manusia
tersebut, staf yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan Klinik Panel UPNM dapat
mengakses dan mempamerkan butiran maklumat peribadi kepada pihak Klinik Panel
UPNM bagi menggantikan Kad Perubatan sedia ada untuk mendapatkan rawatan.
Dalam menyokong prinsip Lean Management yang diketengahkan oleh Pejabat Pendaftar,
pelaksanaan penggunaan sistem HRMIS juga dapat membantu dalam penjimatan
penggunaan sumber, meningkatkan produktiviti melalui pengurangan waktu menunggu
serta memberikan akses yang lebih mudah melalui capaian di atas talian, termasuk untuk
proses penjanaan surat jaminan (guarantee letter) bagi staf mendapatkan perkhidmatan
perubatan di Hospital / Klinik / Pusat Kesihatan Kerajaan atau Universiti Awam.
b) Sistem Kehadiran Biometrik
Pengurusan Universiti telah bersetuju dengan penggunaan sistem yang baharu iaitu
Sistem Kehadiran Biometrik. Sistem ini merupakan satu kaedah untuk mengecam individu
berdasarkan ciri-ciri biologi. Penggunaan teknologi biometrik yang digunapakai di UPNM
ialah penggunaan cap jari dan imbasan kad staf yang mana ia boleh meningkatkan tahap
keselamatan dan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan. Teknologi biometrik berasaskan
cap jari mengunakan imej optik untuk mengenal pasti identiti melalui pattern-matching.
Kaedah biometrik ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi kerana setiap individu
mempunyai cap jari yang berbeza.
Bagi memastikan sistem ini selari dengan perkembangan semasa, sistem ini telah ditambahbaik
kepada Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 yang telah dilaksanakan mulai 3 September 2019. Sistem
ini ditambahbaik bagi membolehkan pertukaran daripada satu waktu bekerja (8.00 pagi
hingga 5.00 petang) kepada waktu bekerja lebih dari satu waktu yang diaplikasikan dalam
sistem kehadiran sedia ada. Sistem e-Kehadiran Versi 2.0 ini terdiri daripada waktu bekerja
berperingkat (WBB) bagi staf bukan akademik, waktu bekerja syif (WBS), waktu bekerja
staf akademik (WBA), waktu bekerja staf akademik yang memegang jawatan pentadbiran
(WBAP), dan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) untuk jawatan tertinggi UPNM.
Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) bagi Staf Bukan Akademik UPNM juga telah
dilaksanakan mulai 1 Oktober 2020 serta diadaptasi didalam sistem e-Kehadiran. Sistem
ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bagi melindungi maklumat peribadi staf.
Selain itu, sistem ini juga meliputi borang-borang secara atas talian termasuk borang keluar
pejabat tidak rasmi, borang bertugas rasmi dan lain-lain.
Sebagai salah satu usaha ke arah menerapkan budaya kerja yang cemerlang dan bagi
memastikan setiap pegawai mempunyai tahap integriti dan disiplin yang tinggi, semua
pegawai di UPNM adalah diwajibkan mengguna pakai sepenuhnya Sistem Kehadiran
Biometrik yang telah disediakan berkuatkuasa sejak 1 Ogos 2015.
Pada tahun 2023, Pejabat Pendaftar telah memulakan proses menaik taraf sistem kehadiran
baharu iaitu versi 3.0 yang telah dibangunkan secara inhouse dengan kerjasama Bahagian
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK). Sistem ini telah ditambah baik bagi tujuan
pemantapan kaedah pemantauan kehadiran bertugas dalam kalangan staf serta format
pelaporan kehadiran berdasarkan Sistem Biometrik. SIstem ini telah memasuki Fasa
Percubaan dan semua staf boleh menggunapakai Sistem e-Kehadiran Versi 3.0 mulai
15 Ogos 2023, melalui pautan http://attendance.upnm.edu.my. Dalam tempoh fasa
percubaan ini, penambahbaikan modul turut dilaksanakan berdasarkan keperluan dari
semasa ke semasa.
Laporan Tahunan 2023 173
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia