Page 172 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 172

Sumber Manusia

              Secara umumnya Pejabat Pendaftar merupakan tunggak serta nadi utama bagi hal ehwal dalam
              pengurusan pentadbiran Universiti, termasuk melaksanakan tanggungjawab bagi menyediakan
              kemudahan kepada semua staf UPNM. Hal ini selaras dengan pelan strategik Pejabat Pendaftar
              iaitu menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang menepati kepuasan pelanggan.
              a)  Kemudahan Perubatan Staf UPNM
                   Universiti telah menggunapakai Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) iaitu
                   Kemudahan Perubatan Versi 1.0 (2022) yang menerangkan kemudahan kepada pegawai
                   dan pesara Perkhidmatan Awam. Kemudahan perubatan bagi Perkhidmatan Awam adalah
                   seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F (Perubatan) Tahun 1974,
                   pekeliling, surat pekeliling dan surat edaran.

                   Kemudahan perubatan yang diterima oleh staf UPNM turut melibatkan kes-kes khas yang
                   diluluskan  melalui  Jawatankuasa  Perubatan  Staf  UPNM  berdasarkan  kepada  syarat  dan
                   peraturan yang telah dikeluarkan oleh Pekeliling Kerajaan semasa dan Skim Perkhidmatan
                   Staf UPNM.

                   Bagi kes-kes khas yang dirujuk pada Jawatankuasa Perubatan Staf UPNM adalah kes-kes
                   yang  tetakluk  pada  Pekeliling  Kerajaan  semasa  dan  Skim  Perkhidmatan  Kesihatan  Staf
                   UPNM seperti contoh permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital /
                   klinik  swasta  yang  perlu  dikaji  dan  dipertimbangkan.  Bagi  kes-kes  tersebut  yang  mana
                   tatacara permohonan juga seperti mana yang telah dinyatakan pada Skim Perkhidmatan
                   Kesihatan Staf / Pekeliling Kerajaan.

                   Sehingga Februari 2024, UPNM telah melantik 65 buah Klinik Panel yang terletak di sekitar
                   Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Kadar rawatan klinik panel
                   UPNM  masih  kekal  iaitu  sebanyak  RM60.00  untuk  sekali  rawatan.  Kemudahan  tersebut
                   diberikan kepada semua staf UPNM yang layak beserta tanggungan bagi mendapatkan
                   kemudahan rawatan pesakit luar.

                   Kemudahan ini merupakan satu opsyen kepada staf dan tanggungan untuk mendapatkan
                   rawatan di klinik panel selain mendapatkan rawatan di klinik / Hospital Kerajaan. Bagi kes-
                   kes kecemasan atau kritikal, staf dan tanggungan adalah digalakkan supaya merujuk terus
                   kepada Hospital Kerajaan. Walau bagaimanapun, ia masih tertakluk dalam peraturan Skim
                   Kemudahan Perubatan Staf / Pesara dan Pekeliling Kerajaan semasa. Sehubungan itu, Staf
                   UPNM  yang  berkelayakan  mendapatkan  kemudahan  perubatan  Klinik  Panel  dibekalkan
                   kad perubatan sebagai identifikasi semasa mendapatkan rawatan perubatan di Klinik Panel.

                   Dalam hal yang sama, UPNM sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan
                   agar perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada staf. Oleh demikian, pengurusan
                   perkhidmatan staf dinaik taraf melalui inisiatif pewujudan sistem UPNM Mobile App bagi
                   memudahkan staf mengakses serta mengemaskini data maklumat peribadi. UPNM Mobile
                   App ini secara khususnya dapat memudahcara urusan staf bagi mengemaskini maklumat
                   peribadi, maklumat tanggungan dan pasangan serta mendaftarkan maklumat Klinik Panel
                   yang  dipilih  oleh  staf  (3  Klinik  Panel).  Semua  maklumat  tanggungan  /  pasangan  staf
                   dan Klinik Panel yang dipaparkan pada UPNM Mobile App setiap staf perlulah disahkan
                   maklumat  terlebih  dahulu  oleh  pihak  Bahagian  Pengurusan  Sumber  Manusia,  Pejabat
                   Pendaftar UPNM.
                   UPNM Mobile App adalah sistem rangkaian maklumat staf UPNM berbentuk applikasi di
                   dalam telefon mudah alih pintar. Sistem ini boleh dicapai oleh semua staf UPNM dengan
                   memuat turun menggunakan sistem telefon pintar Android ataupun iOS. Melalui aplikasi



              172   Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177