Page 166 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 166

Sumber Manusia

              Pihak Universiti turut menggalakkan staf untuk menghadiri kursus anjuran pihak luar (fungsian,
              generik  dan  kepimpinan)  yang  bersesuaian  dan  berkaitan  dengan  kompetensi  staf  mengikut
              gred jawatan serta bidang tugas mereka.

              Pada tahun 2023, sebanyak 210 kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai persidangan di
              dalam dan luar negara yang dihadiri oleh staf akademik. Perincian adalah seperti Jadual 40.


                Jadual 40:          Persidangan yang dihadiri oleh Staf Akademik Bagi Tahun 2023






























                                                                     Indeks
                         Fakulti/ Pusat                                                          Jumlah
                                                  Scopus    Wos      MyCite  Zulfaqar Prosiding
                      Fakulti Kejuruteraan          52        1        -         -        4        57
                Fakulti Pengajian dan Pengurusan     9        -        10       10        11       40
                          Pertahanan
              Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan  35      -        -         -        1        36
                 Fakulti Perubatan dan Kesihatan     1        -         1        -        14       16
                          Pertahanan
                     Pusat Asasi Pertahanan         31        1        -         -        5        37
                         Pusat Bahasa                3        -         1        -        8        12
                 Akademi Kecergasan Pertahanan      12        -        -         -        -        12
                            Jumlah                  143       2        12       10       43       210



              Hari Pentadbir Universiti Awam 2023 Peringkat UPNM
              Bersempena  dengan  Sambutan  Hari  Pentadbir  Universiti  Awam  Malaysia  yang  saban  tahun
              diraikan pada 20 Ogos, Pejabat Pendaftar turut menganjurkan beberapa program dan aktiviti
              untuk meraikan sambutan Hari Pentadbir di Peringkat UPNM bermula pada 25 hingga 29 Ogos
              2023.  Inisiatif  penganjuran  sambutan  Hari  Pentadbir  Peringkat  UPNM  adalah  buat  pertama
              kalinya bagi memartabatkan profesion pentadbir, menyuntik motivasi dan menghargai peranan
              pentadbir universiti dalam membina kecemerlangan universiti.




              166  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171