Page 124 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 124
Penyelidikan dan Inovasi
7-8 Jun 2023 | Penganjuran Kursus Teori dan Amali
Aplikasi HPLC-ICPMS
CHEMDEF komited dalam menganjurkan latihan dan
kursus kepada penyarah, penyelidik dan pelajar. Pada 7-8
Jun 2023, CHEMDEF dengan kerjasama Perkin Elmer,
telah menganjurkan kursus analisis penjenisan arsenik
menggunakan aplikasi HPLC-ICPMS. Pihak CHEMDEF
turut menjemput pensyarah, staf makmal dan pelajar dari
UPM yang sedang menjalankan kajian berkaitan untuk
turut serta dalam kursus ini. Penganjuran kursus bukan
sahaja dapat memberikan latihan secara teori, praktikal
serta aplikasi penggunaan teknologi ini malah turut
menjadi platform dalam memperkenalkanperalatan-
peralatan berkeupayaan tinggi yang terdapat di
CHEMDEF kepada agensi-agensi kerajaan yang lain.
28 Julai 2023 | Kerjasama Quasi-S Technology Sdn Bhd
CHEMDEF dan Quasi-S Technology Sdn Bhd telah menjalankan perbincangan dan bersetuju
untuk menjalinkan kerjasama untuk perkhidmatan analisis sampel menggunakan GCMS, ICPMS,
dan NMR. Tujuan kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan kapabiliti dan meningkatkan
jumlah perkhidmatan di CHEMDEF. Kedua-dua pihak bertujuan untuk saling melengkapi
kekuatan masing-masing dalam memberikan solusi teknologi yang canggih dan cekap kepada
pelanggan. Dengan bekerjasama ini, kedua-dua pihak dapat memanfaatkan jaringan pengkalan
pelanggan masing-masing dan QUASI-S boleh menyalurkan sampel dari pelanggan mereka
kepada CHEMDEF untuk analisis secara konsisten. Kerjasama yang dilakukan antara CHEMDEF
dan QUASI-S TECHNOLOGY SDN BHD juga mampu untuk membuka lebih banyak peluang
kerjasama dengan institusi, syarikat, atau entiti lain dalam bidang yang berkaitan.
Laporan Tahunan 2023
124 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia