Page 122 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 122

Penyelidikan dan Inovasi

              PUSAT PENYELIDIKAN PERTAHANAN KIMIA (CHEMDEF)

              4 Januari 2023 | Kerjasama Penyelidikan Di antara Jain University, India Dan Philippine
              Textile Research Institute, Filipina

              Satu permohonan geran penyelidikan ASEAN-INDIA collaborative R&D untuk kajian berkaitan
              “Agricultural  Waste  Derived  Engineered  Nanocellulose-Carbon  Dots  for  Electerochemical
              Reduction of CO into Value Added Chemicals” telah dihantar pada 4 Januari 2023. Penyelidik
                              2
              CHEMDEF  merupakan  pemohon  bersama  untuk  permohonan  geran  ini.  Permohonan  geran
              telah  dihantar  oleh  penyelidik  utama  (India).  Proses  permohonan  geran  ini  akan  mengambil
              masa selama tiga (3) bulan.































              11  Januari 2023 | Kerjasama dengan Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan
              (STRIDE)
              Satu kerjasama penyelidikan bersama telah dilancarkan antara CHEMDEF dan STRIDE, bertujuan
              untuk mengembangkan bahan penapis yang berasaskan nanoselulosa, yang akan digunakan
              dalam mengendalikan bahan kimia berbahaya. Kerjasama ini merupakan satu langkah penting
              dalam  usaha  untuk  mencipta  penyelesaian  keselamatan  yang  lebih  canggih  dan  efektif  bagi
              pengendalian bahan-bahan kimia berpotensi membahayakan.
              Kerjasama  ini  mencerminkan  komitmen  CHEMDEF  dan  STRIDE  dalam  mengatasi  isu
              keselamatan  dan  kesihatan  berkaitan  dengan  bahan  kimia  berbahaya  dan  menunjukkan
              kepentingan dalam menjalankan penyelidikan yang inovatif untuk memastikan keselamatan dan
              kelestarian alam sekitar. Kerjasama ini diharap akan membawa kepada pencapaian yang positif
              dalam pembangunan bahan penapis nanoselulosa yang efektif dan berkesan, serta memberi
              manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

              16  Mac  2023  |  Kerjasama  Penyelidikan  bersama  Universiti  Kuala  Lumpur-Malaysian
              Institute of Chemical and Bio-Engineering Technology (MICET)
              Satu lawatan yang sangat bermakna telah dijalankan oleh CHEMDEF ke Universiti Kuala Lumpur
              - Malaysia Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL-MICET). Lawatan ini
              melibatkan seramai 19 peserta yang terdiri daripada penyelidik dan staf dari CHEMDEF serta
              Jabatan  Kimia  dan  Biologi,  Pusat  Asasi  Pertahanan.  Tujuan  utama  lawatan  ini  adalah  untuk



              122  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127