Page 120 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 120
Penyelidikan dan Inovasi
17 April 2023 | Projek “Kajian Keberkesanan Geran Malaysia Incentive Community
Empowerment (MyICE)”
Projek kajian yang dilaksanakan di bawah geran penyelidikan Institut Keselamatan Awam
(IPSOM) ini telah bermula pada 17 April 2023. Laporan awal yang merangkumi sorotan literatur,
perancangan pelaksanaan aktiviti kajian dan dapatan kajian rintis telah dibentangkan kepada
pihak IPSOM pada 6 Jun 2023, dan seterusnya kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri pada 7 Julai 2023. Kutipan data melalui soal selidik dan perbincangan kumpulan
fokus (FGD) juga telah dilaksanakan di setiap negeri di seluruh negara sepanjang bulan Jun dan
Julai 2023.
PUSAT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL (CLPD)
24-26 Februari 2023 | Professional Character and Competency Building (PROCCB)
University Leaders Entrepreneurial Educators’ Bootcamp (UNILEEB) dengan kerjasama
AKEPT
Program ProCCB UniLEEB dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)
telah dilaksanakan pada 24 hingga 26 Februari 2023 bertempat di Pusat Latihan dan Kepimpinan
UPNM, Kem Kongkoi, Jelebu, Negeri Sembilan. Program ini telah disertai oleh seramai 37 orang
peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan organisasi.
Laporan Tahunan 2023
120 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia