Page 128 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 128

KOLABORASI STRATEGIK DAN
                       HUBUNGAN ANTARABANGSA



              JARINGAN INDUSTRI

              Hubungan  Industri  Korporat  merangkumi  pembangunan  hubungan  dan  kerjasama  strategik
              seperti  penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D)  secara  bersama  serta  pengkomersilan  paten
              universiti.  Pada  tahun  2022  UPNM  berjaya  menjalinkan  kerjasama  dengan  21  buah  badan
              dan  institusi  dalam  dan  luar  negara.  Manakala  bagi  tahun  2023,  UPNM  telah  meningkatkan
              jalinan hubungan strategik korporat kepada 37 buah badan dan institusi dalam dan luar negara.
              Pencapaiannya  iaitu  sebanyak  17  Memorandum  Persefahaman  (MoU)  dan  15  Memorandum
              Perjanjian (MoA), tiga (3) Non-Disclosure Agreement (NDA) dan dua (2) Surat Niat (Letter of
              Intent) (LoI). Persefahaman dan perjanjian ini bagi tujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang
              industri pertahanan dan keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R & D),
              akademik serta jaringan industri.

              Daripada 37 persefahaman dan perjanjian yang termeterai ini, 11 MoU/MoA/LoI di peringkat
              antarabangsa  dan  merupakan  perkembangan  yang  baik  dan  berterusan  di  masa-masa
              hadapan. Tahun 2023 telah membuka peluang kepada universiti merealisasikan perancangan
              kerjasama yang telah dirancang sama ada bersama badan dan institusi tempatan atau pun
              luar negara.




















































              128  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
                   Laporan Tahunan 2023
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133