Page 33 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 33

Penarafan Universiti

                                                                                   PENARAFAN UNIVERSITI


              PENCAPAIAN DAN KEJAYAAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA TAHUN
              2022

              Tahun 2022 telahpun melabuhkan tirai dan telah memasuki tahun baharu 2023 dengan pelbagai
              kejayaan dan pencapaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diperoleh Universiti
              Pertahanan Nasional Malaysia sepanjang tahun lepas.
              Antara pencapaian cemerlang UPNM pada tahun 2022 adalah seperti berikut:

              PENARAFAN OLEH AGENSI LUAR
              Sebagai  sebuah  universiti  yang
              berstatus  autonomi,  UPNM  terus
              mengekalkan     prestasi   dengan
              memperoleh      Penarafan    LIMA
              Bintang  bagi  pencapaian  data
              kualiti  sistem  MyMoheS  (Sistem
              Pengumpulan Data Universiti Awam)
              sebanyak  enam  kali  dan  antara
              kedudukan  tertinggi  Universiti
              Awam (UA) yang mendapat markah
              100% (bermula tahun 2016 dan 2018
              sehingga 2022).




























              Selain  itu,  UPNM  buat  pertama
              kalinya berjaya memperoleh EMPAT
              Bintang bagi pencapaian data MyRA
              (Malaysia  Research  Assessment)
              (Tahun  2021:  UPNM  mensasarkan
              EMPAT  bintang  dalam  penarafan
              MyRA  dengan  peningkatan  jumlah
              markah).








                32    LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38