Page 38 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 38
Penarafan Universiti
Staf UPNM, YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi telah dilantik sebagai
Panel Penilai Profesional bagi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) mulai 4 September
2022 sehingga 3 September 2024; beliau juga dilantik oleh KPT sebagai Auditor Susulan
Autonomi UA untuk tiga tahun, di samping menjadi Profesor Pelawat bagi Universitas
Pendidikan Indonesia (UPI).
Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin dan Prof. Madya Ts. Dr. Norshahirah binti
Abdul Wahab telah dilantik sebagai Profesor Pelawat bagi Universitas Pendidikan Indonesia
(UPI); dan Prof. Dato’ Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin juga dilantik sebagai Ketua Panel
Anugerah Perdana Belia Negara untuk Negeri Selangor.
LAPORAN TAHUNAN 2022 37
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia