Page 28 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 28
Laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
(v) Ts. Dr. Nur Diyana Binti Kamarudin dilantik sebagai Subject Matter Expert Konsultasi
Keselamatan Siber bersama Jabatan Perdana Menteri bersama Counterparts yang dipilih
dari tahun 2021 hingga 2023;
Pelbagai pencapaian berjaya dicapai oleh mahasiswa UPNM di peringkat kebangsaan mahupun
antarabangsa. Berikut adalah lima maklumat kejayaan yang tertinggi, antaranya:
(i) Seorang pelajar telah memenangi satu pingat emas dalam acara 10 Meter Air Pistol Women
di Kejohanan Menembak ISSF Grand Prix, Indonesia 2022 pada 9 - 16 Februari 2022;
(ii) Penyertaan dalam Kejohanan Menembak Selangor Shooting Championship 2022 dan Sport
Excel/ NSAM/ MSN/ Milo 1 Malaysian Junior Shooting Championship 2022 di Subang,
st
Selangor 22 - 27 Mac 2022 dan telah merangkul kejayaan berikut:
4 Dua orang mewakili Johor - (Lima emas, satu gangsa)
4 Empat orang mewakili Perak - (Dua gangsa)
4 Tiga orang mewakili Wilayah Persekutuan - (Dua emas, dua gangsa)
4 Dua orang mewakili Melaka - (Satu gangsa)
4 Dua orang mewakili Pahang - (Satu gangsa, satu perak)
4 Dua orang mewakili Negeri Sembilan - (Empat perak, satu gangsa)
(iii) Memenangi empat pingat emas dan satu pingat gangsa di Temasya Sukan Sea Hanoi,
Vietnam 2021 pada 12 hingga 23 Mei 2022;
(iv) Memenangi dua pingat emas dan satu pingat gangsa di Kejohanan Karate SEAKF
Championship 2022, Kemboja pada 21 - 27 Mac 2022; dan
(v) Memenangi dua pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat gangsa di Sukan Universiti
Asean, Ubon Ratchathani, Thailand 2022 pada 26 Julai - 6 Ogos 2022.
Bagi mengurangkan kebergantungan terhadap dana Kerajaan, UPNM telah meraih dana sebanyak
RM1,832,787 yang merangkumi terimaan dan keuntungan daripada dana wakaf (RM296,726),
zakat (RM1,155,618), dan lain-lain sumbangan tunai (RM380,443) pada tahun 2022. Sebanyak
RM1,061,940 daripada baki terkumpul dana telah digunakan pada tahun semasa, antaranya, bagi
menampung keperluan universiti seperti bantuan dan sumbangan kebajikan kepada pelajar dan
staf yang memerlukan. Setelah mengambil kira pelbagai terimaan, pendapatan dan perbelanjaan,
baki terkumpul dana wakaf, zakat, endowmen dan lain-lain sumbangan tunai universiti pada 31
Disember 2022 adalah sebanyak RM2,203,275. Jumlah keseluruhan dana wakaf yang terkumpul
adalah sebanyak RM362,003.
UPNM telah berjaya mengkomersialkan Road Safety Baton (TACCOMS) melalui perlesenan
dengan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan nilai kontrak sebanyak RM 1,250.00.
LAPORAN TAHUNAN 2022 27
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia