Page 29 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 29
Laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
KESAN KEPADA RAKYAT
UPNM berjaya merealisasikan hasrat projek komuniti berimpak tinggi yang telah dijalankan pada
tahun 2022 seperti berikut:
(i) Program Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM) & Science,
Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) anjuran Fakulti Sains dan Teknologi
Pertahanan telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak 1 (SKBTR 1),
Kuala Lumpur pada 22 Jun 2022 (Rabu). Program ini bertujuan bagi membantu guru-
guru dan pihak sekolah dalam memberi nilai tambah terhadap pemahaman tentang
asas robot secara praktikal;
(ii) Karnival Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) Maktab Tentera
Diraja (MTD) dan Fakulti Kejuruteraan telah dianjurkan mulai 29 Jun hingga 17 Ogos 2022
bertempat di MTD dan Fakulti Kejuruteraan. Aktiviti sepanjang karnival ini difokuskan
kepada 80 orang pelajar tingkatan empat MTD yang terdiri daripada lapan buah
kompeni. Objektif penganjurannya adalah bagi melahirkan pelajar yang berkebolehan
dalam mereka cipta, menggunakan teknologi dan menyelesaikan masalah melalui
Project-based Learning (PBL) yang berasaskan STEM;
(iii) UPNM telah berjaya mendapat perakuan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Pusat
Penilaian APEL mulai awal 2022. Dengan perakuan ini, UPNM dapat membuka akses
yang lebih luas kepada masyarakat untuk menyambung pengajian secara laluan APEL,
sekaligus menyokong agenda Pengajian Sepanjang Hayat (PSH). Usaha ini diteruskan
dengan program promosi kemasukan secara laluan APEL.A dan APEL.C kepada
golongan sasar termasuklah KEMENTAH, ATM dan organisasi lain;
(iv) Program Misi Bantuan Banjir Daerah Angkat KPT pada 1 Januari 2022, operasi mencuci
dan pembersihan rumah, sekolah, masjid dan balai raya;
(v) Program Misi Bantuan Banjir di Pahang dan agihan sumbangan di sekitar Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang pada 2 Januari 2022, operasi mencuci dan pembersihan
rumah, sekolah, masjid dan balai raya;
(vi) Program Kasih Ramadan UPNM 2022 di Rumah Anak Yatim/ Miskin Penyayang Sungai
Buaya, Banting pada 17 April 2022;
(vii) Program Jalinan Kasih Pemantapan Kendiri Bersama Komuniti Rumah Bakti Nur
Syaheera Kuala Lumpur pada 10 Jun 2022;
(viii) Program Komuniti Kongsi Rezeki Bersama Baktisiswa UPNM pada 10 Jun 2022;
(ix) Aktiviti Sukarelawan Pelajar Program Pemuliharaan Alam Sekitar: Penanaman Anak
Bakau dan Pembersihan Pantai di Pulau Langkawi pada 31 Jun 2022;
(x) Misi Bantuan Pasca Banjir UPNM di Baling, Kedah pada 7 - 8 Julai 2022;
(xi) Program TVET Unity @ Parit Sulong pada 31 Oktober 2022, program bantuan baik
pulih rumah terjejas bencana;
(xii) Misi Tangki Air Kita Keningau, Sabah di sekitar daerah Keningau, Sabah yang bertempat
di Kampung Pagar-Pagar, Kampung Matatah dan Pusat Tahfiz Ar-Rahmah pada 1 - 5
Oktober 2022;
(xiii) Program Misi Bantuan Banjir di Kelantan dan Terengganu pada 30 Disember 2022;
(xiv) Pusat Wilayah Undang-Undang Tentera dan Kemanusiaan (CoMIHL) dengan
kerjasama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah menganjurkan program
COMIHL Talk Series 1: Sexual Violence untuk memperkenalkan konsep asas keganasan
seksual;
28 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia