Page 269 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 269

Hubungan Industri dan Korporat

                                                                       HUBUNGAN INDUSTRI DAN KORPORAT



















































              KERJASAMA  UPNM  DENGAN  AGENSI/  BADAN/  INSTITUSI  DALAM  DAN  LUAR
              NEGARA

              JARINGAN INDUSTRI
              Hubungan  Industri  Korporat  merangkumi  pembangunan  hubungan  dan  kerjasama    strategik
              seperti  penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D)  secara  bersama  serta  pengkomersilan  paten
              universiti. Pada tahun 2021 UPNM berjaya menjalinkan kerjasama dengan lapan buah badan
              dan  institusi  dalam  dan  luar  negara.  Manakala  bagi  tahun  2022,  UPNM  telah  meningkatkan
              jalinan hubungan strategik korporat kepada 21 buah badan dan institusi dalam dan luar negara.
              Pencapaiannya iaitu sebanyak 16 Memorandum Persefahaman (MoU) dan empat Memorandum
              Perjanjian (MoA) dan satu Sijil Kerjasama (CoC). Persefahaman dan perjanjian ini bagi tujuan
              mewujudkan  kerjasama  dalam  bidang  industri  pertahanan  dan  keselamatan  bagi  maksud
              penyelidikan dan pembangunan (R & D) dan akademik.

              Daripada 21 persefahaman dan perjanjian yang termeterai ini, 14 MoU/MoA/CoC di peringkat
              antarabangsa dan merupakan perkembangan yang positif semenjak terkesan akibat penularan
              COVID-19 yang melanda seluruh dunia amnya dan negara khususnya pada tahun 2020 dan 2021.
              Tahun 2022 telah membuka peluang kepada universiti merealisasikan perancangan kerjasama
              yang  telah  dirancang  sama  ada  bersama  badan  dan  institusi  tempatan  ataupun  luar  negara
              sebagaimana yang tertangguh dalam tempoh dua sebelum ini.



                268   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   264   265   266   267   268   269   270   271   272   273   274