Page 265 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 265
Penerbitan Ilmiah
Judul: Pembangunan Model BAT-V - Visualisasi Peperangan
ISBN: 978-967-2414-59-9
Format/Bahasa: Bercetak/Bahasa Malaysia
Pengarang: Norshahriah Abdul Wahab
Ringkasan: Pengaplikasian Teknologi Permukaan Meja Sentuhan
Pelbagai merupakan sebuah medium kaya dengan aktiviti
interaktiviti yang mana luas permukaannya. Ia sebagai sebuah
medium untuk memudahkan perbincangan yang dilaksanakan
semasa sesi percambahan minda di antara Komander dengan
Sub-ordinat. Pengintegrasian antara Model BAT-V (Battled
Visualization) dan Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal dengan Teknologi
Permukaan Meja Sentuhan Pelbagai adalah positif dan memberi
impak yang baik dalam proses membuat keputusan ketenteraan.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan pembuat keputusan ketenteraan,
pelajar-pelajar yang ingin mempelajari proses membuat keputusan
ketenteraan yang disokong dengan teknologi visualisasi, para
pendidik dan penggubal polisi/dasar dalam bidang ketenteraan
serta para saintis dalam bidang Interaksi Manusia dan Komputer
(Human Computer Interaction).
JURNAL ZULFAQAR
Logo ZULFAQAR
ZULFAQAR adalah jurnal pertama Penerbit UPNM dan dikenali
sebagai ZULFAQAR: Jurnal Pertahanan dan Keselamatan Asia
pada tahun 2010. Setelah beberapa tahun, ZULFAQAR telah
dinaiktaraf dan diterbitkan semula sebagai ZULFAQAR dan
dibahagikan kepada dua (2) kategori penerbitan, ZULFAQAR:
International Journal Politics, Defense and Security (IJPDS) dan
ZULFAQAR: International Journal Science Engineering and
Technology (IJDSET) pada tahun 2014 bagi memberikan impak
dan keterlihatan penerbitan jurnal di dalam dunia penerbitan jurnal
terutamanya dalam bidang keselamatan dan pertahanan.
Mula disenaraikan dalam Malaysian Journal Management System
(MyJurnal) pada tahun 2015 dan Malaysian Citation Index (MyCite)
pada tahun 2017, jurnal ZULFAQAR mula mengorak langkah untuk
lebih berketrampilan dan berhasrat untuk disenaraikan dalam
jurnal bertaraf SCOPUS.
Mengorak langkah pertama ke arah penarafan SCOPUS, jurnal ini
dinaiktaraf sebagai jurnal yang boleh diakses secara dalam talian
bermula tahun 2015 dan dua (2) kategori penerbitan ZULFAQAR
dijenamakan semula sebagai Journal of Defense Management,
Social Science and Humanities (JDMSSH) dan Journal Science
Enginering and Technology (JDSET).
Jurnal ZULFAQAR mengalu-alukan Pengarang untuk
menyumbangkan makalah dalam bidang Pertahanan dan
264 LAPORAN TAHUNAN 2022
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia