Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 119

118
Laporan Tahunan 2013
UPNM
PRESTASI KESELURUHAN PERUNTUKAN MENGURUS
gambar rajah
9
Perbelanjaan Mengurus UPNM pada Tahun 2013 ialah sebanyak RM97,524,607 berbanding RM90,837,783 pada
Tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM6,686,824 (7%). Peningkatan perbelanjaan ini disebabkan
oleh pelarasan emolumen kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan RM3.7 juta. Pertambahan
kakitangan yang diambil secara kontrak juga telah memberi impak tambahan sebanyak RM0.6 juta. Pelarasan
kadar bil air oleh pihak SYABAS juga telah memberi implikasi kewangan sebanyak RM1.2 juta. Di samping itu juga
UPNM telah melanggan 2 Pangkalan Data baharu di Perpustakaan berjumlah RM0.85 juta.
Berdasarkan kepada pengurangan pendapatan dan peningkatan dalam perbelanjaan, UPNM telah menunjukkan
defisit sebanyak RM1,148,195 pada tahun 2013 berbanding lebihan pendapatan sebanyak RM8,172,072 pada
Tahun 2012. Penurunan sebanyak RM9,320,267 (-114%).
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Sebanyak RM131,500,000 telah diluluskan untuk Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) dan projek
sambungan RMKe-9 di bawah Private Financing Initiative (PFI). Perincian projek sepertimana di Jadual 40.
Februari 2013
Ogos 2011
Jun 2011
Ogos 2010
Dalam pembinaan
90,000,000.00
15,000,000.00
17,300,000.00
1,700,000.00
7,500,000.00
131,500,000.00
Asrama 1000 pelajar, Dewan Kuliah Pusat dan Bangunan Akademik
Sistem Retikulasi Air
Bangunan Sementara Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan (FPKP) &
Peralatan
Naik taraf & Ubah suai Makmal Sains
Bangunan Tambahan FPKP dan Peralatan
JUMLAH
1
2
3
4
5
Tarikh siap
Kos projek (RM)
Projek
Bil
jadual
40
Sehingga 31 Disember 2013 kesemua projek telah diserahkan sepenuhnya kepada UPNM kecuali untuk bangunan
tambahan FPKP yang dijangka akan diserahkan pada bulan April 2014 . Kesemua peruntukan tersebut berjumlah
RM131,500,000 telah diterima dan sebanyak RM121,485,001 telah dibelanjakan. Jumlah perbelanjaan yang
dipermodalkan sebagai Pembinaan Dalam Kemajuan (WIP) bagi 2013 adalah sebanyak RM3,712,157 berbanding
dengan RM85,355,479 pada Tahun 2012. Penurunan jumlah WIP ini adalah disebabkan oleh semua projek yang
dalam pembinaan pada Tahun 2012 telah siap sepenuhnya pada Tahun 2013.
Perbelanjaan Pembangunan
Prestasi Kewangan
1...,109,110,111,112,113,114,115,116,117,118 120,121,122,123,124,125,126,127,128,129,...146
Powered by FlippingBook