Laporan Tahunan UPNM 2013 - page 120

119
Laporan Tahunan 2013
UPNM
Di samping itu sebanyak RM17 juta telah disalurkan di bawah peruntukan pembangunan untuk Rancangan
Malaysia ke Sepuluh (RMKe-10) sehingga 31 Disember 2013 bagi tujuan pembelian peralatan Fakulti Perubatan
dan Kesihatan Pertahanan (FPKP) sebanyak RM 7 juta dan Fakulti Kejuruteraan (FKJ) sebanyak RM 10 juta.
Sehingga 31 Disember 2013 UPNM telah membelanjakan sejumlah RM 14,331,144(84%) daripada jumlah yang
disalurkan.
HARTA DAN TANGGUNGAN
Nilai aset tetap UPNM pada Tahun 2013 adalah sebanyak RM 175,207,477 berbanding dengan RM 88,906,709
pada Tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM 86,300,768 (97%). Ini disebabkan oleh projek
sambungan RMKe-9 telah siap sepenuhnya. Nilai pembinaan dalam kemajuan UPNM pada Tahun 2013 ialah
sebanyak RM 3,712,157 berbanding dengan RM 85,355,479 pada Tahun 2012 dan merupakan penurunan
sebanyak RM81,643,322 (96%). Ini adalah kerana projek RMKe-9 yang dalam pembinaan pada Tahun 2012 telah
siap sepenuhnya pada Tahun 2013.
Jumlah aset semasa UPNM pada Tahun 2013 adalah sebanyak RM73,147,635 berbanding dengan RM68,239,371
pada Tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM4,908,264 (7%). Ini disebabkan terdapat peningkatan
baki di dalam REPO kerana Universiti telah menerima Geran Penyelidikan daripada KPT pada bulan Disember
sebanyak RM8 juta.
Tanggungan semasa UPNMpada Tahun 2013 adalah sebanyak RM7,866,289 berbanding RM9,171,840 pada Tahun
2012. Ini merupakan penurunan sebanyak RM1,305,551 (14%). Penurunan ini disebabkan terdapat peningkatan
dalam pelepasan Denda Lewat Menyiapkan Projek (LAD) dan Wang Jaminan Perlaksanaan (WJP) untuk projek-
projek yang telah siap sepenuhnya.
UPNMmempunyai aset bersih sebanyak RM244,200,982 pada Tahun 2013 berbanding sebanyak RM233,329,721
pada Tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak RM10,871,261 (4.7%).
Ringkasan jumlah aset untuk Tahun 2013 dan 2012 dapat dilihat seperti di dalam Gambar Rajah 10. Manakala
komposisi aset semasa dan tanggungan semasa untuk tempoh lima tahun iaitu dari Tahun 2009 hingga 2013
adalah seperti di Gambar Rajah 11.
gambar rajah
10
Prestasi Kewangan
1...,110,111,112,113,114,115,116,117,118,119 121,122,123,124,125,126,127,128,129,130,...146
Powered by FlippingBook