Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 22

21
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Laporan Naib Canselor
prinsip, kecenderungan dan pendapat. Ianya harus dilaksanakan dengan memastikan kesinambungan
perancangan dasar sedia ada iaitu “Melestarikan Sangga Intelek berteraskan Rancangan Strategik UPNM
2012-2015” yang digarapkan dengan dasar sedia ada pemegang taruh utama.
Penghasilan Rancangan Strategik UPNM 2012-2015 adalah manifestasi komitmen semua pihak
berkepentingan di UPNMdalamusahamerealisasikan aspirasi untukmuncul sebagai universiti yang disegani.
Perancangan strategi yang jelas dan
achievable
, yang telah digarap dan digabung jalinkan dengan penuh
dedikasi dan secara kolektif di peringkat Lembaga Pengarah Universiti, Pihak Pengurusan dan Pusat-Pusat
Tanggungjawab akan memacu perkembangan kedewasaan UPNM.
Tindakan yang realistik dan holistik harus dinyata jadikan dengan mengambil serius hal berkaitan aspek
kualiti, keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
Justeru, disiplin organisasi dan komitmen yang jitu terhadap rancangan strategik universiti ini harus diletakkan
di aras yang paling tinggi. Meluaskan horizon pemikiran dan sentiasa mendukung budaya kecemerlangan
mesti diterapkan secara kekal.
Salam Hormat.
"KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI"
LT JEN DATO’ SERI ALLATIF BIN MOHD NOOR
Naib Canselor
1...,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21 23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,...172
Powered by FlippingBook