Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 19

18
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Laporan Naib Canselor
Laporan Naib Canselor
Dengan rasa bangga dan sukacitanya saya
berbesar hati dengan penerbitan Laporan
Tahunan UPNM 2012 yang telah menyaksikan
evolusi
dan
pencapaian
yang
amat
memberangsangkan bagi universiti ini.
UPNM telah ditubuhkan dengan aspirasi dan
kepercayaan dengan meletakkan komitmen
kecemerlangan perkhidmatan kepada negara
sebagai sebuah universiti pertahanan primier
dalam
kepimpinan
dan
pembangunan
profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu
pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan
teknologi serta penyelidikan polisi.
Menjengah tahun keenam penubuhannya, UPNM
dengan berani mengorak langkah mendepani
cabarankritikalyangmenuntutanjakanparadigma
secara menyeluruh. 2012 menyaksikan fasa
pemerkasaan tegas dalam pengimplimentasian
dasar sedia ada bagi memastikan matlamat
kecemerlangan dicapai secara menyeluruh.
Tahun 2012 juga merupakan landasan
kepada pemerkasaan tunggak utama pelan
strategik berteraskan kepada asas yang telah
diperkukuhkanmelalui Kajian semula Rancangan
Strategik 2009-2014 dan penghasilan Rancangan
Strategik UPNM 2012-2015.
Dalam
meneruskan
kesinambungan
kecemerlangan, keperluan pemegang taruh
utama iaitu Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Pertahanan, dan juga keperluan
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah
diselaraskan dan diterjemahkan sebagai
key
performance indicators (KPIs)
.
UPNM pada masa ini juga sedang melewati fasa-
fasa kritikal dalamevolusi dan perkembangannya
untuk menempatkan institusi ini sebagai
sebuah
boutique university
yang berakar umbi
dengan kecemerlangan akademik, latihan dan
penciptaan ilmu.
Keupayaan untuk merancang dan merancana
secara strategik, realistik dan holistik dalam
segala aspek membolehkan pihak pengurusan
tertinggi Universiti bertindak atas keutamaan
“MEMPERKASAKAN KESINAMBUNGAN KECEMERLANGAN”
1...,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18 20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,...172
Powered by FlippingBook