Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 20

19
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Laporan Naib Canselor
yang dipaksikan kepada nilai Kewajipan, Maruah dan Integriti. Ini akan
membolehkan universiti dibangunkan dengan tersusun dan mapan baik
dari segi akademik mahupun ketenteraan.
Justeru, cabaran yang didepani mulai tahun 2012 ini adalah juga merupakan
terjemahan kepada Rancangan Strategik UPNM 2012-2015 di mana segala
usaha digembleng bersama-sama oleh seluruh tenaga kerja UPNM demi
memastikan kecemerlangan dapat dijana secara berterusan. Secara
pantasnya, kemajuan yang ketara dapat dilihat, secara fizikal (infrastruktur)
mahupun akademik yang semakin baik seiring dengan keperluan semasa.
Memperkasakan Kesinambungan Kecemerlangan berteraskan kepada
lima agenda.
Agenda Pertama:
Memperkasakan Dasar Pemegang Taruh Kementerian Pengajian Tinggi
Di samping melaksanakan fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara, Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi telah menyenaraikan
8 agenda dan 64 pernyataan dasar, inisiatif dan perubahan struktural
yang terkandung dalam amanat tahun baru 2012 bertemakan “Berfikiran
Global Bertindak Lokal” sebagai satu penegasan langkah-langkah untuk:
Membina modal insan berilmu dan berkemahiran tinggi;
Menjalankan penyelidikan yang bermakna;
Menghasilkan inovasi berimpak besar; dan
Bertindak untuk kepentingan pembangunan, kemajuan dan
transformasi negara.
Amanat ini menjadi asas dan panduan bagi UPNM untuk terus melangkah
gagah mendepani masa hadapan yang lebih gemilang.
1...,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19 21,22,23,24,25,26,27,28,29,30,...172
Powered by FlippingBook