Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 21

20
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Laporan Naib Canselor
Agenda Kedua:
Memperkasakan Dasar Pemegang Taruh Kementerian Pertahanan
Kewujudan UPNM adalah untuk menghasilkan pemimpin tentera yang profesional di samping membekalkan
pemimpin di sektor awam dan swasta. Dalam erti kata lain menghasilkan “Intellectual Leaders of Character”.
Kementerian Pertahanan memerlukan pemimpin yang berkemampuan untuk melaksanakan perintah dan
arahan berdasarkan falsafah ketenteraan dengan aplikasi teori, doktrin, konsep, teknik dan pendekatan yang
profesional dan intelek. UPNM juga merupakan pembekal ilmu bagi peningkatan dan kemajuan akademik,
penyelidikan dan inovasi sains keselamatan dan pertahanan, disamping menjadi pusat rujukan jurusan
strategik, keselamatan dan pertahanan.
Agenda Ketiga:
Memperkasakan Disiplin
Pemerkasaan disiplin kecemerlangan akademik dan latihan siswa dengan memastikan semua siswa UPNM
mencapai PNGK 3.0 ke atas. Mendisiplin siswa ke arah ini tidak mustahil jika ianya dilaksanakan dengan
aturan dan ritual jitu. Siswa perlu mendisiplinkan diri ke arah menepati ciri-ciri seorang siswa yang holistik,
intelek dalam akademik, perkasa dalam sukan, pemimpin dalam aktiviti sosial pelajar di peringkat nasional,
bestari dalam debat dan pengucapan awam, bersahsiah tinggi, serta kestabilan spiritual dan fizikal.
Ahli akademik juga dituntut mengikuti disiplin arus perdana kependidikan negara, dalam konteks
pembangunan bakat akademia, penyelidikan dan inovasi, penyebaran idea-idea, pengetahuan serta
penemuan baharu, melalui penerbitan buku, jurnal danmakalah serta penerbitan berimpak tinggi. Berdisiplin
sebegini akan memperkasakan kesinambungan kecemerlangan UPNM.
Disiplin dalam aspek pengurusan, pentadbiran dan logistik, ianya memerlukan pemerkasaan yang efisien
dan efektif, “on a need basis not a want basis” dan berhemah. Ianya bukan hanya di peringkat Pengurusan
Tertinggi atau di peringkat Ketua Jabatan bahkan melibatkan semua warga UPNM.
Aliran kerja, guna tenaga manusia, bekalan, penggunaan aset dan perkhidmatan yang juga merangkumi
kemudahan asas haruslah di tahap kos yang efektif, yang juga meliputi penjimatan kos penggunaan tenaga
elektrik, air dan lain-lain perkhidmatan.
Agenda Keempat:
Memperkasakan Kualiti
Penanda aras kecemerlangan adalah kualiti. Walaupun kualiti kadangkala begitu abstrak, kualiti
kecemerlangan UPNM adalah diukur dengan penanda aras berikut:
Pertama: Melahirkan ‘Intellectual Leaders of Character;’
Kedua : Mentranformasikan UPNM sebagai ‘Boutique University;’
Ketiga : Mengangkat imej UPNM sebagai ‘Leading Defence University In The Region’; dan
Keempat: Merealisasikan misi UPNM untuk cemerlang berkhidmat kepada negara sebagai universiti
pertahanan primier, dalam aspek kepimpinan dan kemajuan profesional, pencarian ilmu,
penyebaran pengetahuan dan aplikasi sains dan teknologi dan penyelidikan polisi pertahanan.
Selain itu, pengurusan, pentadbiran dan logistik UPNM mesti menepati kualiti yang telah dikenalpasti.
Pengajaran, latihan dan pendidikan di UPNM mesti menepati penanda aras yang telah ditetapkan oleh MQA,
Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan memenuhi penanda aras untuk pengiktirafan
antarabangsa.
Di samping itu, menjadi sumber tenaga manusia yang efisien dan profesional dan berkualiti perlu disematkan
disanubari kita sebagai pemangkin dalam memperkasakan kesinambungan kecemerlangan.
Agenda Kelima:
Menyangkal Polarisasi Prinsip, Kecenderungan dan Pendapat
Intipati memperkasakan kesinambungan kecemerlangan membawa natijah bahawa pemerkasaan
kecemerlangan itu harus diindoktrinasikan melalui disiplin dan kualiti dengan menyangkalkan polarisasi
1...,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,...172
Powered by FlippingBook