Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 32

31
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Bil
1
2
3
4
Negara
Indonesia
Korea
Pakistan
Iran
Bilangan Pelajar
Doktor Falsafah
1
-
1
-
2
Sarjana
1
1
-
1
3
Jumlah
Jadual 2.10
Pelajar Antarabangsa
Seramai lima (5) orang pelajar antarabangsa sedang melanjutkan pengajian di UPNM sebagaimana yang
dinyatakan seperti di jadual 2.10.
PEMBANGUNAN PELAJAR SISWAZAH
Kolokium Siswazah
Kolokium Siswazah telah dilaksanakan sebanyak empat (4) kali sepanjang tahun 2012. Kolokium pertama
diadakan pada 10 Januari 2012, seterusnya pada 31 Januari 2012, 10 April 2012 dan untuk kali keempat telah
diadakan pada 27 September 2012. Setiap pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah diwajibkan membentangkan
kemajuan penyelidikan masing-masing untuk setiap semester.
Pelbagai Bengkel
Untuk tahun 2012, PPS telah menganjurkan pelbagai bengkel bagi memantapkan lagi dari segi pengurusan,
penyeliaan dan hal ehwal pelajar serta persediaan dalammenerima lawatan audit MQA. Bengkel Pemantapan
pengurusan Siswazah telah di adakan pada 23-25 November 2012 di Impiana Resort, Cherating bertujuan bagi
menyemak semula yuran, menyediakan dokumen prospektus siswazah serta memperbaiki dan menambah
baik garis panduan dan peraturan pengajian siswazah sedia ada. Bagi bengkel penyediaan dokumen audit
MQA pula adalah bertujuan mendapatkan pengiktirafan akreditasi bagi kesemua program yang ditawarkan
dan program-program ini juga akan didaftar secara automatik ke dalamDaftar Kelayakan Malaysia (Malaysian
Qualifications Register, MQR). MQR merupakan titik rujukan untuk program yang telah mendapat akreditasi,
yang dianugerahkan oleh pihak yang memberi pengiktirafan.
Promosi
Sepanjang tahun 2012 ini, Pusat Pengajian Siswazah telah menyertai beberapa pameran dalam
mempromosikan semua program yang ada bagi menarik minat lebih ramai pelajar untuk menyambung
pengajian di UPNM. Diantaranya ialah 16th Postgraduate Education Fair, Postgraduate Education Fair 2012,
Hari Informasi dan Pameran Pendidikan Pengajian Siswazah, 17th Postgraduate Education Fair 2012 dan
pelbagai lagi.
Mahasiswa Berkualiti
1...,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31 33,34,35,36,37,38,39,40,41,42,...172
Powered by FlippingBook