134
Laporan Tahunan 2012
UPNM
PENCAPAIAN CDISS TAHUN 2012
9 - 12 Februari 2012
Bengkel NADI (Network ASEAN Defence Institute),
Singapura
CDISS telah menerima jemputan dari Rajaratnam
School of International Studies (RSIS), Singapura
untuk menghantar tiga orang wakil bagi menghadiri
Bengkel Network ASEAN Defence Institute (NADI)
yang berlangsung di Singapura. NADI Workshop
on Aviation Security merupakan aktiviti yang
telah dirancang dimana CDISS sebagai salah satu
institusi NADI yang akan menyertainya. RSIS turut
mempelawa wakil-wakil CDISS menghadiri Asia
Pacific Security Conference yang berlangsung pada
12 dan 13 Februari 2012 dan majlis pembukaan
Singapore Airshow pada 14 Februari 2012.
Tujuan bengkel ini secara amnya adalah untuk
membincang segala aspek yang berkait rapat dengan
keselamatan penerbangan dan keselamatan rantau
Asia Pasifik. Bengkel ini juga merupakan satu proses
percambahan ilmu di kalangan pengamal, ahli-ahli
Pusat Kecemerlangan
akademik, dan penyelidik yang menceburi bidang
ini. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengkaji
isu-isu keselamatan negara-negara anggotanya
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Association
of Southeast Asian Nations/ASEAN) dan seterusnya
memajukan cadangan-cadangan yang telah dijana
dan dirumuskan ke Sidang Kemuncak Menteri-
Menteri Pertahanan ASEAN untuk dipertimbangkan.
Sebagai salah seorang ahli NADI, Lt. Kol. Felo
Utama Ahmad Ghazali Bin Abu Hassan (B) telah
mengetuai delegasi Malaysia ke bengkel tersebut.
Selain beliau, tiga orang wakil CDISS telah dilantik
yang turut menyertai bengkel ini adalah Prof Dr Teh
Yik Koon, Prof Madya Dr Ariffin bin S M Omar serta
Kept (Maritim) Zalina Sungip. Keempat-empat wakil
Malaysia tersebut merupakan pakar dalam bidang
keselamatan tradisional (traditional security) dan juga
ancaman tentera bukan tradisional (non-traditional
military threats). Manakala Kept Zalina merupakan
pensyarah FPPP yang sedang bertugas di Cawangan
Udara Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia.
29 Jun 2012
Ceramah “The Scarborough Shoal Standoff in the
South China Sea between China and the Philippines:
Tentative Remarks”, UPNM
CDISS telah menganjurkan ceramah bertajuk “The
Scarborough Shoal Standoff in the South China
Sea between China and the Philippines: Tentative
Remarks” bertempat di Pusat Marin, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Ceramah
ini telah disampaikan oleh Prof. B.A. Hamzah
daripada Jabatan Pengajian Strategi, Falkuti
Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP),
UPNM. Beliau juga merupakan felo penyelidikan
CDISS.
Ceramah ini dihadiri oleh seramai 60 ahli akademik,
agensi penyelidikan,
think-tank
dan kementerian.
Antaranya ialah warga akademik UPNM, Kementerian
Pertahanan (MINDEF), Jabatan PerdanaMenteri (JPM),
Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS),
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR),
Institut Maritim Malaysia (MIMA), Pusat Serantau
Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT),
Institut Pengajian ASEAN dan Ehwal Global (INSPAG),
serta Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT).