Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 141

140
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Seksyen Rangkaian PTMK menyediakan prasarana bagi dua (2) jenis teknologi rangkaian bagi kemudahan
pengguna di dalam UPNM seperti berikut.
Pembangunan Sumber Maklumat
Kawasan
Rangkaian
Rangkaian Berwayar
(Wired Network)
Rangkaian Wayarles
(Wireless Network)
Keseluruhan bangunan pentadbiran UPNM, Makmal Komputer, Pusat
Kesihatan, Bilik-bilik Pensyarah, Asrama Pelajar, Bangunan Perpustakaan
Jeneral Tun Ibrahim, Bangunan PTMK, Bilik Mesyuarat, Bilik Kuliah dan
Dewan Kuliah.
Hampir 45 hingga 60 peratus bangunan dan kawasan kampus diliputi
perkhidmatan rangkaian wayarles.
Bangunan-bangunan tersebut adalah Bangunan Canselori, Bangunan
Bestari, Bangunan Kejuruteraan Awam, Bangunan Kejuruteraan
Mekanikal dan Elektrikal, Asrama Tuah, Asrama Srikandi, Asrama Satria,
Asrama Perwira, Bangunan Lestari, Bangunan Fakulti Perubatan dan
Kesihatan Pertahanan, Dewan Pendekar dan Dewan Bestari.
PTMK akan memperluaskan perkhidmatan liputan rangkaian wayarles
sedia ada sama ada di dalam bangunan (in-door) dan di luar bangunan
(out-door) pada tahun 2013 yang akan datang.
Perkhidmatan Internet Metro-E
Kelajuan capaian Internet yang disediakan untuk warga kampus UPNM telah dinaiktaraf daripada 64 Mbps
kepada 100 Mbps bermula pada bulan Oktober 2012 sehingga Oktober 2015. Rajah 11.1 menunjukkan
purata bulanan penggunaan jalur lebar (bandwidth utilization) bagi capaian ke luar dan ke dalam (out-bound
and in-bound) dari tempoh Januari - Jun 2012 (64 Mbps).
Graf Penggunaan Bandwidth di UPNM
Rajah 11.1
Perkhidmatan Malaysian Research and Education
Network (MyREN)
Di samping itu, universiti juga mempunyai prasarana
MyREN yang telah dinaiktaraf daripada 10 Mbps kepada
22 Mbps bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan
penyelidikan.
Prasarana MyREN ini menghubungkan kesemua
20 IPTA, lima (5) IPTS (MMU, UNITEN, UTP, Monash,
Nottingham), TM R&D, MIMOS, KPT, komuniti rangkaian
penyelidikan di negara Asia Pasifik (TEIN3), Eropah
(GEANT) dan lain-lain.
1...,131,132,133,134,135,136,137,138,139,140 142,143,144,145,146,147,148,149,150,151,...172
Powered by FlippingBook