Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 144

143
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pembangunan Sumber Maklumat
Kekuatan Seksyen Perkhidmatan ICT
Menunjukkan bilangan staf bagi Seksyen Perkhidmatan ICT pada tahun 2012
Bilangan
Jawatan
Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
Juruteknik Komputer (FT17)
1
1
7
Jadual 11.3
SEKSYEN KESELAMATAN ICT
Seksyen Keselamatan ICT (dahulunya dikenali sebagai Unit Pengurusan Data dan Keselamatan ICT) diketuai
oleh seorang Ketua Seksyen serta dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang
Juruteknik Komputer.
Fungsi
4
Bertanggungjawab ke atas pangkalan data universiti termasuk keselamatannya agar semua operasi
yang dilakukan oleh pengguna UPNM berjalan dengan lancar.
4
Bertanggungjawab dalam operasi harian dan memberikan khidmat sokongan kepada pengguna
universiti berkaitan pangkalan data universiti.
4
Bertanggungjawab ke atas backup data dan pangkalan data universiti.
4
Menyediakan perkhidmatan instalasi dan khidmat nasihat berhubung spesifikasi pelayan.
4
Merancang, mengawal dan memantau keselamatan data bagi memastikan kecekapan, keutuhan
dan ketelusan data dalam sistem sentiasa terjamin.
4
Merancang pengurusan data dan menentukan keselamatannya.
4
Sentiasa meningkatkan tahap keselamatan ICT terhadap semua sistem dan aplikasi UPNM.
4
Memupuk kesedaran keselamatan ICT kepada warga kampus.
4
Membangunkan polisi Keselamatan ICT.
4
Menguji dan mengaudit tahap keselamatan aplikasi, rangkaian dan pelayan.
4
Melaporkan sebarang pelanggaran polisi kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT.
4
Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap fizikal persekitaran dan tahap keselamatan Pusat Data
UPNM (Data Centre).
4
Merancang aktiviti DR (Disaster Recovery) dan Business Continuity Planning (BCP).
Cabaran
Antara cabaran yang dilalui oleh seksyen ini adalah seperti berikut:
4
Teknologi ICT yang cepat berubah.
4
Mendapatkan latihan yang secukupnya supaya staf boleh mengikuti perubahan terkini ICT.
Jadual 11.3 menunjukkan bilangan staf bagi Seksyen Pekhidmatan ICT pada tahun 2012.
1...,134,135,136,137,138,139,140,141,142,143 145,146,147,148,149,150,151,152,153,154,...172
Powered by FlippingBook