Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 153

152
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
Jabatan Pembangunan
dan Penyelenggaraan
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan
Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan berperanan sebagai sebuah
jabatan yang komited untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan
pengurusan projek dan penyelenggaraan bagi menghasilkan kampus
yang memenuhi keperluan pelanggan serta mempunyai sistem
penghantaran (delivery) penyelenggaraan fasiliti universiti yang
berkualiti. Ini berdasarkan konsep Komprehensif Pengurusan Aset agar
pembangunan fasiliti untuk pengajaran dan pembelajaran dapat diguna
pakai dan memberi pulangan efektif dan efisien kepada pihak universiti
khasnya dan negara amnya. Selain dari itu ianya juga berperanan dalam
mempertingkatkan daya saingan selaras dengan skop pengurusan
jaminan kualiti yang berlandaskan kepada perlaksanaan MS ISO
9000:2001 (akan dibangunkan kelak) disamping mempertingkatkan
keberkesanannya dengan nilai-nilai murni dan etika profesional.
Tiga teras utama dalam konsep yang diguna pakai di atas adalah seperti
berikut:
Proses Pengurusan (Management Process)
• Di mana sebelum sesuatu fasiliti diluluskan, kajian terperinci perlu
dibuat mengenai tujuan fasiliti dibina selain dari manfaat yang akan
diberikan kepada pelajar dan pengajar khususnya dan universiti
amnya.
• Selain dari itu perjalanan/pengurusan fasiliti serta penyelenggaraan
fasiliti dari segi guna tenaga dan kos perlulah diambil kira sebelum
sesuatu fasiliti diluluskan.
Proses Perniagaan (Business Process)
• Perlu juga diambil kira fizikal sebenar pembinaan sesuatu fasiliti
tersebut iaitu dari segi cara pembinaan fasiliti akan dilaksanakan
dan juga dari segi cara pengurusan projek contohnya jenis kontrak
yang akan diguna pakai, jenis pembinaan yang sesuai serta kawalan
kos yang perlu dilakukan.
Proses Sokongan (Support Process)
• Proses sokongan yang perlu diambil kira bagi menjamin
keberkesanan perjalanan fasiliti yang akan dibina kelak contohnya
pengurusan fasiliti yang sesuai di mana ianya dapat diselenggarakan
dengan efektif bagi setiap fasiliti yangmemerlukan penyelenggaraan
berjadual ataupun sebaliknya.
Objektif Kualiti
• Bahagian Pembangunan - Menyiapkan projek pembangunan dalam
tempoh pembinaan yang ditetapkan dalam kontrak
• Bahagian Penyelenggaraan - Memberi maklumbalas ke atas semua
aduan yang diterima dalam tempoh tidak lewat daripada tiga hari
selepas menerima aduan
• Bahagian Perkhidmatan - Memastikan penyediaan perkhidmatan
disiap sempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan
1...,143,144,145,146,147,148,149,150,151,152 154,155,156,157,158,159,160,161,162,163,...172
Powered by FlippingBook