130
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pusat Kecemerlangan
Pusat Penyelidikan dan Teknologi
Pertahanan
(Centre
for
Defence
Research and Technology, CODRAT)
Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (Centre
for Defence Research and Technology, CODRAT) telah
ditubuhkan pada Mac 2009 di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia, UPNM. Sebagai salah sebuah pusat
kecemerlangan dalam teras perkhidmatan (Service
type Centre of Excellence), CODRAT memfokuskan
kepada R&D&C pertahanan untuk memenuhi Polisi
Pertahanan dan juga agensi kerajaan dan swasta
yang lain. Penyelidikan di Pusat ini, dilaksanakan
secara usahasama dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan dalam penyelidikan pertahanan. Dalam
masa yang sama hasil penemuan penyelidikan akan
dikomersilkan untuk penggunaan dalam Angkatan
Tentera Malaysia (ATM). CODRAT yang diamanahkan oleh Majlis Penyelidikan Pertahanan dan Keselamatan
(Nasional Defence and Security Research Council, NDSRC) untuk menyiapkan pelan hala tuju atau Blueprint
penyelidikan pertahanan dan keselamatan di peringkat nasional. Salah satu objektif pelan ini adalah bagi
mendukung pelan strategik industri pertahanan yang sedang dirangkakan oleh Malaysian Industry For
Defence Enforcement and Security (Mides) di Kementerian Pertahanan Malaysia.
AKTIVITI-AKTIVITI PENYELIDIKAN SEPANJANG TAHUN 2012
1. Electro-Optic System (EOS)
- Satu kerjasama antara UPNM (CODRAT) dan Exact Energy Sdn Bhd bagi mempertingkatkan sistem
keselamatan negara dengan menyediakan sistem yang dikenali sebagai Electro-Optic System (EOS)
dimana peranan dan keupayaan EOS pada waktu siang dan malam dengan jarak pengawasan
yang jauh akan dikaji dalam meningkatkan ‘National Intelligence Surveillance Reconnaissance (ISR)’
sebagai pematuhan kepada perkara-perkara utama Kawasan Larangan 1959.
2. RIKA Mobile Water Filtration
- RIKA Mobile Water Filteration adalah projek jalinan usahama dengan pihak Omniwise International
Sdn Bhd.
- Bagi projek ini, pihak Omniwise ingin menggunakan kepakaran penyelidik CODRAT dalam
menjalankan ujian ‘endurance’ pada alat penapisan air mudah alih mereka. Dalam masa yang sama
juga pihak CODRAT akan meneliti rekabentuk sistem penapisan air dan akan dipertingkatkan pada
masa yang sama.
- Hasil dari ‘endurance test’ tersebut akan dikilangkan serta dipasarkan secara usahama antara UPNM
dan Omniwise International Sdn Bhd.
3. NIMA STANDS
- Perancangan awal dalam projek National Integrated Marine Air – Surveillance, Tracking and Network
Deterrent System.
4. Program akademik dalam Electronic Warfare
- Kursus ini bertujuan untuk ATM didedahkan kepada teori peperangan elektronik merangkumi
pengajaran teori dan amali.
- Projek ini adalah jaringan usahama dengan CSIR South Africa dan syarikat tempatan.