129
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Pusat Kecemerlangan
Pada tahun 2012, empat (4) buah program kepimpinan telah diadakan
melalui pusat ini seperti berikut:
a. UPNM Executive Series
UPNM Executive Series merupakan syarahan umum yang diadakan
secara bersiri. Program ini mengetengahkan pakar dalam pelbagai
bidang meliputi ekonomi, pertahanan, pendidikan dan pelbagai
bidang lain. Bukan sahaja sambutan diperolehi dari kampus malah
IPTAdanagensi kerajaanswastayang lainhadirmenjayakanprogram
ini. Hanya satu (1) program UPNM Executive Series diadakan iaitu
bertajuk The Future and Challenges of Aeronautical Industry and
The Role of Emerging Countries. Penceramah Jemputan: Mr. Louis
Gallois, Ketua Pegawai Eksekutif, European Aeronautic Defence and
Space Company.
b. Seminar Kepimpinan Strategik: Strategic Leaders of Tomorrow
Seminar ini diadakan dengan kerjasama Defence Academy,
United Kingdom pada 16 – 18 April 2012. Objektif seminar
bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam usaha
melahirkan kebolehan dan kemampuan pegawai-pegawai kanan
awam dan tentera di peringkat strategik organisasi. Para peserta
terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertahanan, Ketiga-tiga
perkhidmatan ATM, agensi-agensi keselamatan, IPTA dan Pegawai-
pegawai Kanan serta Pensyarah UPNM.
Program ini dikendalikan oleh dua (2) pegawai kanan daripada
Defense Academy iaitu Kolonel Andy Cilffe dan Dr. Bryan Watters.
c. Program Kepimpinan Staf Akademik UPNM 2012
Program Kepimpinan Staf Akademik UPNM 2012 anjuran bersama
Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional dengan Pusat
Pembangunan Akademik UPNM telah diadakan pada bulan
Februari dan April 2012. Program ini adalah sebuah program
kepimpinan ala ketenteraan yang merangkumi budaya, etika
dan nilai serta kemahiran kepimpinan untuk memupuk kekuatan
mental dalam persekitaran ketenteran di kalangan staf akademik
termasuk latihan menembak demi meningkatkan pengetahuan
mengenai profesionalisma ATM dalam mewujudkan semangat
kerja berpasukan seterusnya bertepatan dengan falsafah 1 UPNM,
One Culture, One Vision.
d. Program Pembangunan Kepimpinan Inovasi dan Transformasi
Pensyarah Muda Zon Tengah 2012
Kejayaan Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional dan
Pusat Pembangunan Akademik UPNM mengadakan Program
Kepimpinan Tunas Akademia 2011 telah mendapat kepercayaan
daripada AKEPT untuk UPNM meneruskan tanggungjawab sebagai
urusetia bagi program yang sama tahun 2012. Program kali ini
dinamakan Program Pembangunan Kepimpinan, Inovasi dan
Transformasi Pensyarah Muda (Zon Tengah) yang diadakan dalam
dua (2) siri mulai September - Oktober 2012. Para peserta terdiri daripada pensyarah muda IPTA dari
UPM, UTM, UM termasuk UPNM. Program ini merupakan lonjakan kepada pembangunan sahsiah
para pensyarah muda dalam usaha membentuk keterampilan yang menyeluruh bagi seseorang ahli
akademik, bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan penyelidikan malah dapat menterjemahkan
ilmu serta kepakaran yang ada kepada masyarakat dan negara.