Laporan Tahunan UPNM 2012 - page 123

122
Laporan Tahunan 2012
UPNM
Hubungan Industri dan Korporat
Hubungan Industri dan Korporat
Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat merupakan salah satu portfolio penting kepada sesebuah
universitidalamusahamenjadikannyauniversitiyangcemerlangdanberdayasaingdalamsektorperindustrian
yang mana meliputi kerjasama hal ehwal korporat dan hubungan strategik di peringkat negara mahupun
antarabangsa. Bagi Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), portfolio ini dipertanggungjawabkan
kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (JIPK).
Tambahan pula, sebagai memenuhi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi ke arah melaksanakan Dasar
Latihan Industri, JIPK sentiasa menitikberatkan proses pembangunan universiti bersama industri seperti
mewujudkan dan mengukuhkan jalinan industri dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan dan
keselamatan negara yang menjadi teras penubuhan universiti ini.
Hal ehwal korporat universitimeliputi perkaramengenai penggubalanPelanStrategikUniversiti, perhubungan
dengan institusi kerajaan dan swasta dalam dan luar Negara, penjenamaan, perhubungan awam dan media
serta hal-hal berkaitan Tadbir Urus (Governance).
HUBUNGAN INDUSTRI KORPORAT
Hubungan Industri Korporat merangkumi pembangunan hubungan dan kerjasama strategik seperti
penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara bersama serta pengkomersilan paten universiti. Pada tahun
2011 UPNM berjaya menjalinkan kerjasama dengan sepuluh (10) buah badan dan institusi dalam dan luar
negara. Walaubagaimanapunhanya empat (4) MemorandumPersefahaman (MoU) dandua (2) Memorandum
Perjanjian (MoA) ditandatangani pada tahun 2012. MoU dan MoA ini bagi tujuan mewujudkan kerjasama
dalam bidang industri pertahanan dan keselamatan bagi maksud penyelidikan dan pembangunan (R & D)
dan akademik.
JARINGAN INDUSTRI DAN PERHUBUNGAN KORPORAT
1...,113,114,115,116,117,118,119,120,121,122 124,125,126,127,128,129,130,131,132,133,...172
Powered by FlippingBook