Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 113

112
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pembangunan sumber maklumat
1.1 Perkhidmatan Internet Metro-E
Kelajuan capaian Internet yang disediakan untuk warga kampus UPNM adalah sebanyak 64Mbps. Berikut
adalah purata bulanan penggunaan jalur lebar (bandwidth utilization) bagi capaian ke luar dan ke dalam
(out-bound and in-bound) dari tempoh Januari - Disember 2011:
Gambarajah 15: Penggunaan Bandwith Internet UPNM Januari - Disember 2011
Gambarajah 16: Lokasi Point of Presence (PoP)
1.2 Perkhidmatan Malaysian Research and Education Network (MyREN)
Di samping itu, universiti juga mempunyai prasarana MyREN berkelajuan 10Mbps bagi tujuan pengajaran,
pembelajaran dan penyelidikan.
Prasarana MyREN ini menghubungkan ke semua dua puluh IPTA, lima IPTS (MMU, UNITEN, UTP, Monash,
Nottingham), TM R&D, MIMOS, KPT, komuniti rangkaian penyelidikan di negara Asia Pasifik (TEIN3), Eropah
(GEANT) dan lain-lain.
UPNM bersama-sama enam buah IPTA dan satu IPTS telah di letakkan di bawah PoP UM yang mewakili
Zon Tengah. Selain dari itu, terdapat lima buah lagi PoP iaitu di USM (Zon Utara), UTM (Zon Selatan), UMP
(Zon Timur) dan UNIMAS (Zon Malaysia Timur). Kesemua PoP tersebut mempunyai ahli masing-masing.
Kesemua PoP ini dihubungkan kepada MyREN Network Operation Center (NOC), Cyberjaya.
Di antara inisiatif yang telah dan sedang dibangunkan oleh ahli-ahli menggunakan rangkaian ini adalah
syarahan maya (virtual lecture) yang menggunakan peralatan video conferencing, e-pembelajaran, tele-
perubatan, GRID computing, Bioinformatics dan lain-lain.
1...,103,104,105,106,107,108,109,110,111,112 114,115,116,117,118,119,120,121,122,123,...143
Powered by FlippingBook