Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 106

105
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pusat kecemerlangan
Kajian di dalam bidang in terbahagi kepada dua (2) disiplin iaitu:
• Keselamatan tradisional
Kajian keselamatan tradisional akan menumpukan isu-isu seperti pengganas,
keselamatan perairan, isu imigran dan pendatang tanpa izin, serta lain-lain isu
keselamatan dalam dan luar negara.
• Keselamatan bukan tradisional
Kajian keselamatan bukan tradisional akan menumpukan isu-isu seperti keselamatan
tenaga, keselamatan persekitaran, keselamatan ekonomi, keselamatan budaya,
keselamatan makanan dan air serta lain-lain aspek keselamatan insan.
2.2.3 Kajian Polisi Pertahanan Masa Depan
Kajian yang telah dikenal pasti adalah:
Security Challenges of the 21
st
Century: a collaborative future, training the future military
leaders
dan projek-projek penyelidikan yang berkaitan.
2.3 PENGANJURAN SEMINAR BERSAMA IHEDN - UPNM (MALAYSIA - FRANCE: DEFENCE AND
SECURITY COOPERATION)
Seminar bersama IHEDN - UPNM (Malaysia - France: Defence and Security Cooperation) adalah
untuk memenuhi hasrat Memorandum Persefahaman yang telah dipersetujui untuk menjadi ‘partner
institution’ institusi tersebut di kawasan Asia Pasifik. Secara khusus seminar ini bertujuan untuk
membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan yang menjadi perhatian utama oleh kedua-
dua belah pihak. Seminar ini juga telah berjaya memberikan input-input akademik yang berguna
kepada kedua-dua belah pihak UPNM dan IHEDN di samping merapatkan lagi hubungan pertahanan
dan keselamatan di antara Malaysia dan Perancis.
Seramai 100 orang peserta yang telah hadir di seminar ini yang terdiri daripada sektor pertahanan,
ahli akademik Universiti, penyelidik tempatan (Local Think Tank), industri keselamatan yang
berkaitan di dalam bidang keselamatan dan pertahanan, agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi
bukan kerajaan (NGO).
IHEDN adalah sebuah institusi penyelidikan pertahanan dan keselamatan yang berprestij di
Perancis dan merupakan salah satu organisasi ‘think-thank’ yang sering dirujuk oleh kerajaan
Perancis dalam isu-isu yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan. IHEDN pada
tahun 2010 telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman dengan UPNM yang
mana UPNM telah dipilih oleh IHEDN untuk menjadi ‘partner institution’ institusi tersebut di
kawasan Asia Pasifik. Seminar yang dirancang adalah bagi memenuhi hasrat Memorandum
Persefahaman di antara UPNM dan IHEDN yang telah mengenal pasti bahawa penganjuran
seminar bersama oleh kedua-dua Institusi ini sebagai salah satu daripada aktiviti kerjasama
yang perlu dilakukan. Seminar ini akan menjadi acara tahunan yang akan dilaksanakan secara
bergilir di antara UPNM dan IHEDN.
3.0 PUSAT PENYELIDIKAN DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (CODRAT)
Pusat Penyelidikan dan Teknologi Pertahanan (Centre for Defence Research and Technology, CODRAT)
merupakan sebuah pusat kecemerlangan yang mula beroperasi pada Mac 2009. Penubuhan CODRAT
adalah berasaskan kepada rasionalisasi penubuhan sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan dengan
mengambil kira bidang penyelidikan pertahanan dan keselamatan yang mempunyai kriteria berikut: “added
value research”, “ inter disciplinary research ”, “blue ocean research” dan “defence and security niche area
research”.
3.1 PERANAN CODRAT
Berpandukan kepada latar belakang penubuhan, antara peranan CODRAT adalah seperti berikut:
• Mengemudi hala tuju penyelidikan pertahanan bersama dengan agensi lain yang berkaitan.
• Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan berkaitan
dengan keperluan semasa yang mempunyai impak ke atas pembangunan serta kekuatan
1...,96,97,98,99,100,101,102,103,104,105 107,108,109,110,111,112,113,114,115,116,...143
Powered by FlippingBook