Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 102

101
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
PUSAT KECEMERLANGAN
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) merupakan sebuah institusi
pengajian tinggi berteraskan bidang
pertahanan dan keselamatan yang
merangkumi bidang kejuruteraan, teknologi
maritim, sains komputer pengajian
strategik, kepimpinan ketenteraan,
penyelidikan dan bidang-bidang lain yang
berkaitan.
Pusat-pusat kecemerlangan UPNM
menerajui perkara-perkara berkaitan
dengan kepimpinan dan pembangunan
profesional, penciptaan ilmu, penyebaran
ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi serta penyelidikan polisi.
1.0 PUSAT KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
Pusat Kepimpinan dan Pembangunan Profesional adalah sebuah Pusat Kecemerlangan (COE) yang
bertanggungjawab menjadikan UPNM sebagai sebuah universiti yang cemerlang dalam meningkatkan
kepimpinan dan profesionalisme di kalangan pelajar (Pegawai Kadet/Awam), staf pengurusan dan
pentadbiran, pensyarah (Awam/Tentera) serta Pegawai ATM di UPNM ke arah melahirkan “Intellectual
Leaders of Character”.
Peranan utama pusat ini ialah untuk menyediakan dan mengendalikan kursus-kursus kepimpinan dan
modul-modul pembangunan profesional bagi membangunkan sumber manusia dan organisasi.
Pada tahun 2011, empat (4) buah program kepimpinan telah diadakan melalui pusat ini seperti berikut:
1.1 UPNM Executive Series
UPNM Executive Series merupakan syarahan umum yang diadakan secara bersiri. Program
ini mengetengahkan pakar dalam pelbagai bidang meliputi ekonomi, pertahanan, pendidikan
dan pelbagai bidang lain. Bukan sahaja sambutan diperolehi dari kampus malah IPTA dan
agensi kerajaan swasta yang lain hadir menjayakan program ini. Bagi tahun 2011 program
UPNM Executive Series telah diadakan atas tajuk
Why Is Climate Change A Security Issue?
,
yang telah disampaikan oleh Rear Admiral Neil Morisetti CB BSc, Ministry of Defence, United
Kingdom.
pusat kecemerlangan
pusat
kecemerlangan
1...,92,93,94,95,96,97,98,99,100,101 103,104,105,106,107,108,109,110,111,112,...143
Powered by FlippingBook