Laporan Tahunan UPNM 2011 - page 103

102
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
1.2 Seminar Kepimpinan: Leadership Development of UPNM Students
Seminar ini telah diadakan menerusi dua sesi, sesi pertama bertempat di Pusat Marin pada
27 Januari 2011 manakala sesi kedua pada 25 Februari 2011 bertempat di Auditorium,
Dewan Bestari.
Ia merupakan sebuah bengkel percambahan fikiran kepada perkongsian idea, pandangan
dan pengalaman dalam usaha menjayakan keberkesanan pelaksanaan
Leadership
Development of UPNM Students
yang merangkumi
Defining Intellectual Leaders of Character,
UPNM Student Attributes
berasaskan Kementerian Pengajian Tinggi dan Angkatan Tentera
Malaysia, moto UPNM (Kewajipan, Maruah, Integriti) dan
Role of Academia, Student Affairs
and
Akademi Latihan Ketenteraan (ALK)
in Leadership Development as well as Intervention
Required
yang memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan organisasi
dalam bidang akademik dan latihan ketenteraan di UPNM. Isu-isu pembangunan sahsiah
kepimpinan oleh para akademia dan pegawai tentera bagi membantu UPNM melahirkan
Pegawai Kadet yang mempunyai keperibadian
Intellectual Leaders of Character
turut
dibincangkan dalam seminar ini.
1.3 Senior Leadership Programme
Seminar ini diadakan dengan kerjasama Leadership and Management Division, College of
Management and Technology, Defence Academy, United Kingdom pada 14 - 17 Mac 2011.
Objektif seminar bertujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam usaha melahirkan
kebolehan dan kemampuan pegawai-pegawai kanan awam dan tentera di peringkat strategik
organisasi. Para peserta terdiri daripada kakitangan Kementerian Pertahanan, Ketiga-tiga
perkhidmatan ATM, agensi-agensi keselamatan, IPTA dan Pegawai-pegawai Kanan serta
Pensyarah UPNM.
Program ini dikendalikan oleh dua (2) pegawai kanan daripada Defence Academy, United
Kingdom iaitu Air Cdre N C Randle (Head, Leadership and Management Division, Defence
Academy) dan Colonel A Cliffe (Deputy Head (International), Leadership and Management
Division).
pusat kecemerlangan
1...,93,94,95,96,97,98,99,100,101,102 104,105,106,107,108,109,110,111,112,113,...143
Powered by FlippingBook