104
Laporan Tahunan 2011
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
pusat kecemerlangan
2.1 PERANAN DAN TUGAS
2.1.1 Peranan CDISS adalah untuk mengendalikan penyelidikan dalam bidang-bidang berikut:
• Pertahanan nasional
• Keselamatan serantau dan antarabangsa
• Kajian cabaran-cabaran keselamatan yang muncul dari masa ke semasa
• Resolusi konflik
• Lain-lain isu yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan
2.1.2 Dalam memainkan peranan tersebut CDISS telah ditugaskan untuk:
• Mengendalikan penyelidikan dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti
• Menganjurkan bengkel, seminar dan syarahan mengenai bidang yang berkaitan
• Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang kajian yang dikenal pasti
2.1.3 Selain daripada tugas-tugas yang dinyatakan, CDISS juga berperanan untuk:
• Menjalinkan kerjasama (networking) dengan pusat-pusat penyelidikan yang lain sama ada
dalam atau luar negara dalam menjalankan aktiviti-aktivitinya.
• CDISS juga berperanan menjalinkan kerjasama dengan jabatan atau fakulti yang
berkaitan untuk mengendalikan kursus-kursus peringkat pasca sarjana di dalam bidang
yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan.
2.2 BIDANG KAJIAN
2.2.1 Kajian Strategi Pertahanan Negara
Kajian ini melibatkan isu-isu seperti perancangan pertahanan, dasar dan doktrin pertahanan,
penglibatan negara dalam operasi misi pengaman, industri pertahanan negara, peranan dan
hubungan masyarakat awam dalam pertahanan negara, impak sains dan teknologi terhadap
kesediaan pertahanan negara dan lain-lain isu yang berkaitan seperti:
• Sistem pertahanan laut dan udara Asean
• Kerjasama di antara tentera dan awam dalam memerangi pengganas
• Kepimpinan ketenteraan
• Pengukuhan dasar pertahanan nasional
• Pengkajian konsep pertahanan
2.2.2 Kajian Keselamatan Antarabangsa