
Setinggi-tinggi tahniah kepada Graduan Pusat Bahasa UPNM, Ainul Ashikin Helmy atas pelantikan sebagai Felo Perdana 2021 di Pejabat Perdana Menteri
Accessibility Tools

Setinggi-tinggi tahniah kepada Graduan Pusat Bahasa UPNM, Ainul Ashikin Helmy atas pelantikan sebagai Felo Perdana 2021 di Pejabat Perdana Menteri

Peringatan Wadah Integriti Bil.21/ 2021: Cuai Dalam Melaksanakan Tugas
Semua Staf UPNM
Salam Sejahtera
YBhg Datuk/Dato/Prof./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan,
"Seorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya."
Contoh:
1. meluluskan tawaran latihan kepada calon yang tidak layak.
2. cuai dalam memastikan barang-barang yang dibeli oleh Badan Berkanun dimasukkan ke dalam senarai "inventory".
3. menghilangkan / merosakkan harta Badan Berkanun dalam simpanan / jagaan pegawai (laptop, LCD dll).
4. gagal memberitahu Bahagian Kewangan supaya memberhentikan pembayaran gaji kepada seseorang pegawai yang telah letak jawatan.
(Peraturan 3 (2) (j) Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) sehingga boleh dikenakan tindakan tatatertib.)
Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

UPNM tuan rumah Forum Wilayah ASEAN Ke-24 | Malaysia Gazette
8 Oktober 2021 - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diberi penghormatan menjadi penganjur bersama dengan National Defence University (NDU), Pakistan bagi program 24th ASEAN FORUM REGIONAL: Head of Defence University Colleges and Institutions Meeting (ARF HDUCIM) yang bermula pada 4 hingga 7 Oktober 2021 secara dalam talian. 24th ARF HDUCIM telah dirasmikan oleh Mr. Pervez Khas Khattak, Menteri Pertahanan Pakistan.
Forum ini telah disertai oleh 27 buah negara (ASEAN dan negara-negara Indo Pasifik). Delegasi Malaysia diketuai oleh Lt Jen Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, serta dihadiri pengurusan tertinggi Universiti, wakil MINDEF, KLN dan KDN.
Pada hari pertama persidangan ini, terdapat tiga pembentangan telah dilaksanakan, di bawah sub-tema Transforming Global Conflict/Threat Perceptions. Mereka terdiri daripada Mr. Saito Masakazu dari Jepun, Dr. Nasir Mehmood dari Pakistan dan dimulai oleh Professor Dr Adam Leong Kok Wey dari Malaysia.

Secara keseluruhan ketiga-tiga pembentang menegaskan akan pentingnya pendidikan dan pengadaptasian teknologi dalam mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap konflik, apatah lagi dalam suasana pandemik Covid-19. Lebih menarik apabila wakil Malaysia menyarankan akan kewujudan, Perjanjian Keselamatan Siber ketika Pandemik atau Cyber Pandemic Security Arrangement (CPSA), sesama negara ahli, sebagai satu platform pengumpulan maklumat dan pencegahan awal dalam situasi sama di masa hadapan.
Hari kedua telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak lapan (8) pembentangan telah diadakan secara maya yang melibatkan negara-negara berikut; China, Singapura, Pakistan, Malaysia, Brunei Darussalam, Myanmar, Laos dan Sri Lanka. Di bawah sub-tema Military Leadership and Peace Building. Lt. Gen Dato’ Fadzil bin Mokhtar (Bersara) telah mewakili Malaysia dengan tajuk pembentangan In Quest For Peace: Looking Beyond Perceptions - Military Leadership And Peacebuilding. Secara tuntasnya kesemua pembentangan menjerumus ke arah kepimpinan ketenteraan dalam membentuk keamanan dan pendamaian. Pada masa yang sama Lt. Gen Dato’ Fadzil bin Mokhtar (Bersara) menegaskan bahawa kepimpinan ini harus diikuti dengan ilmu bukan sekadar bakat dan kebolehan semata-mata, maka institusi Pendidikan berteraskan ketenteraan memainkan peranan penting dalam menghasilkan Pemimpin tentera yang cenderung ke arah penyatuan.

Hari ketiga merupakan hari terakhir persidangan 24th ARF HDUCIM. Terdapat tujuh (7) pembentangan di bawah kerangka Collaboration and Cooperation for Peace. Menariknya kesemua pembentangan pada hari ini telah dipengerusikan oleh Lt. Gen Dato’ Hasagaya Bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, Malaysia. Negara-negara yang terlibat dalam pembentangan pada hari ini ialah; Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Australia, Malaysia dan Vietnam. Secara keseluruhannya, kesemua negara bersetuju bertapa pentingnya untuk kesemua anggota ahli boleh bekerjasama dan berkolaborasi dalam segala aspek dalam mencipta keamanan. Wakil Malaysia, Prof. Dato’ Dr. Jesbil Singh A/O Bahadur Singh menegaskan bahawa mata kuliah Pengurusan Konflik dan Pendidikan Keamanan perlu diterapkan sebagai mata pelajaran penting di semua Institusi Pengajian Ketenteraan kerana tanpa pengetahuan mendalam mana mungkin kepimpinan ketenteraan dapat menjiwai apa erti keamanan. Di akhir persidangan, NDU Pakistan mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua negara yang telah menyertai persidangan ini walaupun dalam suasana hibrid dan menyerahkan resolusi penganjuran 25th ARF HDUCIM tahun 2022 kepada Malaysia. Malaysia mencadangkan dua tarikh penganjuran 25th ARF HDUCIM di Kuala Lumpur pada tahun hadapan iaitu 26 - 29 September 2022 atau 3 - 6 Oktober 2022.

Manakala pada 7 Oktober 2021, mesyuarat bilateral antara delegasi Malaysia dengan delegasi dari New Zealand dan Brunei Darussalam telah diadakan. Perbincangan tertumpu kepada aspek kerjasama antara institusi pengajian serta pertukaran kepakaran dalam mendepani situasi semasa. Delegasi Malaysia juga telah mempromosikan Maktab Ketahanan Nasional sebagai produk baharu Pusat Pengajian Pertahanan Nasional. Perbincangan bilateral ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dato’ Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi, serta Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Hal Ehwal Korporat), Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin.

11 Pemain Malayan Tigress Terima Tawaran Lanjut Pengajian di IPTA
Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Seramai 11 pemain dari skuad Malayan Tigress yang baru pulang dari saingan kelayakan Piala Asia Wanita AFC 2022 di Palestin kini mengorak pula langkah mereka ke menara gading selepas menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi sesi 2021 itu telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, sambil disaksikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Timbalan Presiden FAM, Dato S. Sivasundaram serta dua Exco FAM, Dato Suraya Yaacob dan Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah, masing-masing selaku Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
Seramai sembilan pemain diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) manakala dua pemain lagi ditawarkan untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sembilan yang ditawarkan ke UPNM ialah Nurul Azurin Mazlan, Eva Olivianie Antinus, Waitie Taming, Nurfatin Rozani, Henrietta Justine, Nur Syafinaz Abdul Rajak, Felicia Loudea Thomas, Nor Ezza Ashikin dan Nurul Arliana Nabila Mohamad Ramadhan manakala Nuralyaa Natasha Zulkefli dan Grace Handirian ditawarkan ke UiTM.
Baca berita penuh di https://bit.ly/3oGy0EO
#FAM #HarimauMalaya #MalayanTigress
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kaunseling 2021 @ UPNM & Forum Bicara Pakar
Tarikh: 8 Oktober 2021 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Platform: https://www.facebook.com/PKKAUPNM
HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
