Accessibility Tools

Image

Select your language

Falsafah, Visi dan Misi

Panduan nilai, aspirasi, dan hala tuju universiti

Falsafah

Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

Image
Image

Visi

Menjadi Universiti Pertahanan primier di rantau ini untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.

Misi

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.

Objektif

1

Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.

2

Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.

3

Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.

4

Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.

5

Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi.

6

Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.

Kewajipan, Maruah, Integriti

HUBUNGI KAMI 

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur 

  • dummy+06 03-9051 3400

  • dummy webmaster@upnm.edu.my

PELAWAT 

  • Hari Ini 1107
  • Semalam 1617
  • Minggu Ini 4265
  • Bulan Ini 8284
  • Jumlah 11373
Image
Image
Image

Search