Pejabat Naib Canselor
Pejabat Naib Canselor secara umumnya menjalankan fungsi dan peranan sebagai pejabat pentadbiran Naib Canselor selaku Ketua Eksekutif Universiti yang bertanggungjawab memastikan segala perancangan, program dan dasar dilaksanakan dengan jayanya bertepatan dan selari dengan dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui pemegang taruh Universiti iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Di samping Bahagian Pentadbiran, Pejabat Naib Canselor turut bertanggungjawab menyelaras beberapa jabatan dan unit sokongan berikut:
- Pusat Islam
- Pusat Pengurusan Wakaf
- Bahagian Audit Dalam
- Bahagian Undang-Undang
- Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
- Unit Integriti

Arman Rumaizi bin Hj AhmadNaib Canselor
