
Selamat Menyambut Hari Natal Kepada Warga Staf Dan Pelajar UPNM Yang Beragama Kristian
Accessibility Tools

Selamat Menyambut Hari Natal Kepada Warga Staf Dan Pelajar UPNM Yang Beragama Kristian

Women in Search of Excellence (WISE) Bertemakan Women in Entrepreneurship
Sukacita dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dengan kerjasama Yayasan Tuanku Fauziah akan menganjurkan webinar Women in Search of Excellence (WISE) Bertemakan Women in Entrepreneurship
Butiran program:
Tarikh: 23 Disember 2021 (Khamis)
Platform: Facebook Kolej Universiti Islam Perlis , Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs
Masa: 9.15 pg - 4.30 ptg
Penyempurnaan Perasmian oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis
& Penyempurnaan Penutupan oleh DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. Dijemput semua pensyarah dan staf wanita UPNM untuk turut serta dalam webinar ini.

Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2021
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia. Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi 2021.
Pertandingan Debat Diraja antara IPT 2021 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Debat Bahasa Melayu dan Debat Bahasa Inggeris.
Pertandingan Debat Diraja antara IPT 2021 ini juga dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Debat Universiti Malaysia.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting sepanjang berlangsungnya Pertandingan Debat Diraja:
10 - 12 Disember 2021 (Hibrid)
17 - 19 Disember 2021 (Pusingan Suku Akhir & Separuh Akhir)
20 Disember 2021 (Pertandingan Akhir)
Ikuti akaun media sosial rasmi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini pertandingan.
Instagram
https://www.instagram.com/tv/CWZ3JtshBZc/?utm_medium=copy_link
Youtube
https://m.youtube.com/watch?v=ijZGw9yXeXE&feature=youtu.be
Sekian, terima kasih.
Urus Setia Pertandingan Debat Diraja Antara Ipt 2021
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
#DEBATDIRAJA2021
#UPNM
#KPT
#MADUM
#PDDAIPT
#DBP
#KESATUANDEBATUPNM

Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2022
3 – 6 Disember 2021 - Bengkel Penulisan dan Pemurnian Kertas Cadangan Geran Penyelidikan Sasaran Tahun 2022 telah dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) bertempat di Institut Tadbir Awam Negara Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan idea kepada penyelidik bagi menghasilkan kertas cadangan yang baik; memurnikan dan menambah baik kertas cadangan penyelidikan; mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan dalam penulisan kertas cadangan; serta menggalakkan penyelidik untuk memohon geran penyelidikan luar terutamanya penyelidik muda. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Brig Jen Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor (Bersara), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPNM. Bengkel ini telah dihadiri oleh panel-panel professional dan berpengalaman dari pelbagai bidang untuk berkongsi tips serta menilai permohonan para penyelidik semasa sesi pemurnian kertas cadangan penyelidik. Seramai 30 orang peserta telah menyertai bengkel ini serta mendapat maklumbalas yang begitu menggalakkan daripada para pensyarah dan penyelidik daripada fakulti, pusat dan akademi.


Setinggi-tinggi Tahniah Kepada YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar Atas Pelantikan Sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi


Pada 25 Nov 2021, Jawatankuasa Bersama yang terdiri daripada Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data, Pejabat Pendaftar dan Pusat Pembangunan Akademik telah berjaya mengadakan Hari Inovasi Dan Majlis Anugerah (HIMA) UPNM Tahun 2021 bertujuan meraikan semua penerima dan pemenang anugerah-anugerah yang dipertandingkan. Penganjuran majlis gilang gemilang ini yang khusus diadakan di Hotel Tenera, Bangi merupakan julung kali semenjak penubuhan UPNM pada tahun 2006.
HIMA UPNM 2021 pada kali ini melibatkan kategori Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (82 penerima), Anugerah Akademik Cemerlang (40 penerima) dan Anugerah Hari Inovasi (40 penerima). Selain itu, seramai 13 staf UPNM turut menerima penghargaan khas dan menjadikan anugerah ini sebagai pemangkin dan motivasi buat semua warga UPNM.

Dalam majlis ini, tidak dilupakan kepada pesara-pesara UPNM seramai 4 orang dengan memberi pengiktirafan “Jasamu Dikenang”. UPNM turut menyampaikan sumbangan kepada waris 4 keluarga allahyarham staf UPNM.
Sesungguhnya majlis ini amat dinanti-nantikan oleh semua warga UPNM untuk meraikan kejayaan dan kecemerlangan kerjaya dan pencapaian mereka dalam pada tahun 2020. Penerima dan pemenang anugerah amat bertuah sekali apabila HIMA 2021 turut dihadiri ahli-ahli LPU serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sendiri iaitu Yang Berbahagia Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim yang juga merasmikan majlis ini.
Sekali lagi tahniah buat semua warga UPNM dan sekalung penghargaan khususnya kepada Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM, pengurusan Tertinggi UPNM, para juri, AJK Induk, AJK Kecil dan Pelaksana bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar dan mencapai objektifnya.


Pada 23 November 2021 (Selasa), Dato’ Dr. Junaidah binti Kamarruddin, Penolong Naib Canselor (Perkhidmatan, Jaringan Industri & Perhubungan Korporat) telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Haji Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Di dalam pertemuan itu, satu perbincangan kerjasama strategik telah diadakan untuk meneroka peluang, penyelidikan, pendidikan dan perniagaan dalam rawatan dan perubatan alternatif kepada perkhidmatan penjagaan holistik keibubapaan. Ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga dan kesihatan reproduktif. LPPKN menawarkan program dan modul kesihatan serta perawatan keluarga untuk dipersijilkan. Sementara itu, UPNM akan memberi nilai tambah menerusi modul sains sukan kepada silibus sedia ada di LPPKN.
Turut hadir sama adalah Prof Dr Mohar Kassim, Pengarah Akademik Kecergasan Pertahanan dan Puan Sarina binti Abdul Rani, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Inovasi.



Program Service Learning Malaysia -University for Society (SULAM) anjuran Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diadakan pada 15 hingga 26 November 2021 di Bera, Pahang. Seramai 50 pelajar perubatan Tahun 3 FPKP diiringi 15 pensyarah melaksanakan program ini bersama penduduk Orang Asli Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam. Objektif program SULAM adalah untuk bersama masyarakat setempat bagi berkongsi maklumat berkaitan kesedaran kesihatan serta memberikan panduan dan kaedah pemeriksaan kendiri berkaitan penjagaan kesihatan. Tema program SULAM ialah Kesihatan Wanita dan Kanak-kanak.
Program bermula dengan sesi lawatan pelajar-pelajar ke Kampung Bukit Rok pada hari Jumaat, 19 November 21. Para pelajar melawat rumah masyarakat setempat dan menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan gigi dan berkongsi kaedah mencuci tangan dengan betul. Ini bertepatan dengan situasi pandemik sekarang yang memerlukan kekerapan mencuci tangan. Di samping itu, pelajar turut memberi pendedahan kepentingan pemeriksaan berkala berkaitan kanser pangkal rahim dan cara pemeriksaan kendiri payudara. Mereka juga mempromosi kepada penduduk kampung untuk turut serta dalam karnival kesihatan yang bakal diadakan pada hari Sabtu, 20 November 2021.
Karnival kesihatan Wanita dan Kanak-kanak telah berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Bukit Rok. Pengisian program karnival adalah pemeriksaan kesihatan umum (berat badan, tinggi, bacaan tekanan darah dan ujian glukosa darah), pameran dan promosi kesihatan berkaitan kanser payudara dan kanser pangkal rahim serta pameran dan aktiviti berkaitan pemakanan.

Terdapat 2 sesi ceramah disediakan iaitu Pemakanan Sihat oleh Pegawai Sains Pemakanan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bera dan Penjagaan Kesihatan Remaja yang disampaikan oleh pelajar FPKP. Bagi memeriahkan karnival kesihatan, pelajar FPKP telah mengadakan sesi senamrobik dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak serta gubahan bunga untuk peserta dewasa.
Program SULAM yang dirancang ini juga bertujuan untuk mendekatkan diri pelajar universiti dengan masyarakat dan memberi pendedahan kepada pelajar yang bakal bergelar doktor perubatan kepada dunia sebenar. Mereka berpeluang berkomunikasi secara terus dengan Orang Asli dan menyelami sendiri tahap kesihatan mereka.
HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
