30 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-10 di Temerloh dan Mentakab, Pahang.



Accessibility Tools
30 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-10 di Temerloh dan Mentakab, Pahang.



29 Disember 2021 | Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM menyerahkan sumbangan kepada pelajar, staf dan pengamal media di Mentakab dan Temerloh. Beliau dan Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh turut melawat rumah pelajar UPNM, Sekolah Kebangsaan Paya Ara dan Sekolah Kebangsaan Bangau yang terjejas dengan bencana banjir.







29 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-9 di Temerloh dan Mentakab, Pahang.




28 Disember 2021 Temerloh | YB Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin, Menteri Pendidikan menyantuni Misi Bantuan dan Sukarelawan - Bencana Banjir UPNM dengan kerjasama PPD Temerloh di SK Tanjong Lalang, Temerloh.Temerloh.

Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-8 yang melibatkan seramai 80 orang sukarelawan di Sekolah Kebangsaan Abu Bakar, Mentakab dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang, Temerloh, Pahang. UPNM turut juga melakukan aktiviti penghantaran barangan keperluan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Pekan, Pahang.



28 Disember 2021 - Pahang | Temubual rakan media Sinar Harian dengan wakil UPNM dan Guru Besar SK Sultan Abu Bakar Mentakab atas liputan berita Misi Bantuan dan Sukarelawan Bencana Banjir - UPNM dengan kerjasama PPD Temerloh.
Terima kasih kepada rakan media Sinar Harian atas liputan dan sokongan.


27 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-7 yang melibatkan seramai 20 orang sukarelawan di Seksyen 29, Shah Alam. Seramai 50 orang sukarelawan UPNM turut juga melakukan aktiviti sesi persiapan dan pembungkusan barangan keperluan mangsa banjir Pahang.


26 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-6 yang melibatkan seramai 79 orang yang terdiri dari Pelajar, Pensyarah dan Staf di Taman Sri Nanding, Hulu Langat dan Desa Indah Putra, Sepang. Seramai 40 orang sukarelawan UPNM turut juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.




25 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-5 yang melibatkan seramai 105 orang yang terdiri dari Pelajar, Pensyarah dan Staf di Sekolah Agama Dusun Nanding dan Taman Sri Nanding, Hulu Langat. Seramai 40 orang sukarelawan UPNM turut juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.






24 Disember 2021 (Jumaat) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan kecil Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan MyKasihCare telah menganjurkan Misi Kasih Jelebu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas.



Yang Berbahagia Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM turut menyantuni mangsa banjir serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan pelajar UPNM. Seramai 300 sukarelawan bergerak ke Kampung Kuala Pah, Kampung Titi, Bandar Tinggi dan Kampung Jerang di kawasan Jelebu, Negeri Sembilan untuk aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan banjir yang terjejas teruk. Menurut Puspanita cawangan JPT, sumbangan dari pihak luar berbentuk barangan keperluan, set solat, barangan penjagaan diri dan pek makanan kering dari semua pihak telah digerakkan serta merta dan dikumpul serta diagihkan kepada mangsa banjir. Misi ini akan diteruskan pada sepanjang masa terutama untuk kerja-kerja pembersihan pasca banjir.


24 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ke-4 di Taman Langat Utama 3 Banting. Seramai 30 orang sukarelawan UPNM yang terdiri dari Pelajar dan Staf turut juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan asas mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.




22 Disember 2021 | Misi Bantuan Banjir Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini di Taman Desa Jenderam Hilir, Kg. Seri Aman Puchong, Masjid Kg Puchong. Sukarelawan UPNM juga melakukan aktiviti pembungkusan keperluan mangsa banjir bersama Bulan Sabit Merah Malaysia.
HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
