

Accessibility Tools



21 April 2022 (Khamis). Majlis Angkat Sumpah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sesi 2021/2022 dan Majlis Apresiasi MPP UPNM Sesi 2020/2021 telah dilangsungkan di Dewan Bestari, UPNM.
Majlis Angkat Sumpah MPP UPNM Sesi 2021/2022 merupakan simbolik pelantikan barisan jawatankuasa baharu yang dilantik secara rasmi dalam pemilihan MPP UPNM pada 30 Mac 2022. Majlis Angkat Sumpah diketuai oleh Saudara Mohamad Mifzal bin Sukrie selaku Yang DiPertua MPP UPNM Sesi 2021/2022 dan diikuti oleh 12 orang kepimpinan MPP UPNM.


Di samping itu, Majlis Apresiasi MPP UPNM Sesi 2020/2021 turut diadakan bagi meraikan dan menzahirkan penghargaan kepada 18 orang mantan jawatankuasa MPP UPNM yang telah menyumbang jasa dan khidmat bakti demi memperkasa dan memartabatkan kebajikan hal-ehwal mahasiswa dan mahasiswi UPNM.
Memetik ucapan Naib Canselor UPNM, Lt Jen Hasagaya Abdullah mengingatkan barisan jawatankuasa MPP mempunyai tugas, peranan dan tanggungjawab yang besar dalam membawa projeksi dan halatuju pelajar ke arah kecemerlangan dalam akademik, sukan dan sahsiah keperibadian bertepatan dengan moto UPNM iaitu “Kewajipan, Maruah, Integriti”.
Turut hadir di dalam majlis ini termasuklah para pegawai Pengurusan Tertinggi UPNM dan Komandan ALK.


21 April 2022 (Khamis). Majlis Berbuka Puasa Peringkat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan di Dewan Pendekar UPNM. Majlis diadakan bukan sahaja untuk bersama-sama berbuka puasa malah ia merupakan satu wadah di mana semua staf UPNM dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah mereka. Di samping itu, UPNM juga meraikan dan menyantuni 30 orang pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM).



Sebaik sahaja selesai berbuka puasa, semua hadirin bergerak ke Masjid Muhammad Al-Fateh UPNM untuk menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan solat Terawih secara berjemaah. Majlis disambung semula di Dewan Pendekar dengan jamuan moreh. Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM juga menyampaikan ucapan dengan menyatakan kesyukuran di atas nikmat kehidupan yang dianugerahkan jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang bergolak dengan konflik dan krisis peperangan.
Turut hadir di majlis ini termasuklah Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Universiti, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi UPNM dan barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPNM.





20 April 2022 (Rabu). Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) melalui kolaborasi Pejabat Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PJIPK), Pejabat Pendaftar dan Pejabat Bangunan Jauhari telah berjaya menganjurkan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) secara hibrid. YTF adalah merupakan yayasan yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan kepimpinan wanita dengan menengahkan Women in Search of Excellence (WiSE).
Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah menyampaikan ucapan aluan dengan menyatakan profesionalism dan pengalaman wanita sangat signifikan dalam memelihara dan mendaulatkan keamanan dan keharmonian sejagat.

Webinar YTF telah disempurnakan perasmiannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis. Baginda bertitah bahawa lebih ramai kaum hawa memperagakan tekad, iltizam dan sifat keberanian bagi memecah norma bidang ketenteraan dan baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada para wanita hebat yang mengungguli bidang ketenteraan dan keselamatan.
Sementara itu YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dalam ucaptamanya ‘Kepentingan Pendidikan Dalam Memperkasa Keselamatan Dan Masa Depan Wanita’ sangat berbangga dengan pencapaian wanita menduduki beberapa jawatan penting dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, keselamatan, kesihatan dan lain-lain. Dr Surayya Mohd Saudi dan Kdr Hani Kalsom Hashim TLDM turut memberi ulasan Ucaptama YB Menteri Pengajian Tinggi.

Webinar yang diadakan ini berkonsepkan ‘Cabaran Wanita Dalam Keselamatan’ bersesuaian dengan niche UPNM iaitu pertahanan dan keselamatan. Forum Bual Bicara 1 dengan tajuk ‘Peranan Wanita Dalam Pertahanan Dan Keselamatan Negara’ telah dikemudi oleh Prof Dr Haslinda Abdullah sebagai moderator dan dibarisi oleh panel-panel dari badan beruniform iaitu Brig Jen Dr Normah Samsuri, Brig Jen Fazillah Abdullah TUDM dan Kdr Ts Dr Haliza Mohd Zahari TLDM.
Manakala Forum Bual Bicara 2 dengan tajuknya ‘Keselamatan Wanita Dalam Perspektif Undang-undang’ telah diketuai oleh Prof Madya Ts Dr Noor Afiza Mat Razali selaku moderator dan dimantapkan dengan ahli panel termasuklah Dr Zurina Abdul Hamid (KPWKM), Puan Farah Adura Hamidi (Jabatan Perdana Menteri) dan Lt Kdr Dr Mazura Md Saman TLDM.

Penolong Naib Canselor Perkhidmatan, Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat (PJIPK) dan juga Pengerusi Webinar YTF, Dato’ Dr Junaidah Kamarruddin telah merumuskan bahawa Webinar YTF telah berjaya mencapai objektifnya iaitu meningkatkan imej dan peranan wanita dalam pertahanan dan keselamatan di persada dunia di samping menyediakan wadah bagi pertukaran informasi dan memperkasakan pengetahuan wanita dalam dimensi pertahanan dan keselamatan.
Webinar YTF telah disempurnakan penutupannya oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis. Baginda tertarik dengan salah satu matlamat di dalam Dasar Wanita Negara oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) iaitu memberi fokus untuk menyediakan persekitaran yang kondusif termasuk penggubalan dasar dan perundangan mesra wanita, bagi meningkatkan martabat dan kesejahteraan hidup wanita dalam semua aspek termasuk fizikal, ekonomi, sosial, politik, kesihatan, psikologi dan kerohanian.

Pengacara program webinar ini adalah Puan Nor Azlin Safina Abd Aziz manakala Lt Kol Zazali Makding membimbing bacaan doa. Turut hadir di Webinar YTF termasuklah YB Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi, Ahli Dewan Negara juga Pengerusi BERNAMA dan barisan Pengurusan Tertinggi UPNM. Webinar YTF juga diikuti melalui facebook UPNM secara langsung.


UPNM, 07 April 2022 (Khamis) – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menghadapi audit buat kali pertama pada tahun 2022 iaitu Audit Pengawasan 2 (SV2) bagi SPK MS ISO 9001:2015 dengan jayanya. Audit SV2 untuk pelaksanaan SPK MS 9001:2015 ini adalah audit susulan selepas UPNM diaudit pada 01 Disember tahun lalu.
![]() |
![]() |
Hasil audit pengawasan ini, UPNM berjaya memperoleh Audit Bersih tanpa Penemuan Minor, atau Major dari pihak Auditor LRQA. Pada kali ini, UPNM telah memperoleh Audit Bersih buat kali keempat berturut-turut sepanjang audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Pihak YBhg. Datuk Naib Canselor bersama Pengurus Kualiti, ahli JJKU dan seluruh warga Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data (BJKPD) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi pengauditan tersebut terutamanya kepada Auditor Dalaman SPK MS ISO 9001, Bahagian Pengurusan Akademik, semua Dekan dan Pengarah Pusat Pengajian serta Pengurusan Makmal dan Bengkel, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim yang telah diaudit pada hari tersebut. Ucapan tahniah juga kepada seluruh warga UPNM yang lain di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang persediaan dan pelaksanaan sesi audit ini.
Tahniah dan Syabas diucapkan buat semua yang terlibat.



Keratan Akhbar berkaitan Penglibatan UPNM Dalam DSA NATSEC 2022
1. DRB-Hicom Defence Technologies, Universiti Pertahanan inks MoU to collaborate on R&D in automotive, UAV technologies
2. Strategies and initiatives needed to thwart cyber warfare
3. Defence varsity teams up with local firm to market tactical system
4. 'Women are central to maintaining peace and security'
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/03/784875/women-are-central-maintaining-peace-and-security
5. 'Gender equality critical for nation's development'
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/03/784896/gender-equality-critical-nations-development
Full Highlights of DSA & NATSEC Asia 2022
Highlights of DSA & NATSEC Asia 2022 - DAY 2





30 Mac 2022 – Sempena DSA NATSEC 2022, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah berkolaborasi bersama Pengurusan NATSEC bagi menganjurkan Round Table Talks dalam mengupas tajuk Cyber Warfare: What does it look like and what to expect in 2022 and beyond?
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM sementara ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohd Azumi bin Mohamed (Bersara).
![]() |
![]() |
Round Table Talks diterajui oleh Prof Emeritus Dato’ Ts Dr Tengku Mohd Tengku Sembok dan dibarisi oleh para panel hebat iaitu Laksma Dato' Shamsuddin Hj Ludin, Pengarah Siber dan Elektromagnetik ATM, Ms. Erin Joe, Senior Vice President, Strategy & Alliances, Mandiant, Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Chief Executive Office, Cybersecurity Malaysia dan Mr. Cartan Mclaughlin, Chief Executive Officer, Nihon Cyber Defence Japan.
Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati yang disempurnakan oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM.
![]() |
![]() |
HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
