Setinggi-tinggi tahniah YB Datuk Seri Haji Mohamed Khalid bin Haji Nordin atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Accessibility Tools
Setinggi-tinggi tahniah YB Datuk Seri Haji Mohamed Khalid bin Haji Nordin atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Setinggi-tinggi tahniah YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan atas pelantikan sebagai Menteri Pertahanan.

Penganjuran Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA 2022) telah dilaksanakan pada hari Khamis, 17 November 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi.

Anugerah yang diberikan kepada staf, pelajar UPNM dan ALK melibatkan pelbagai anugerah iaitu Anugerah Akademik Cemerlang (AAC), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Hari Inovasi (AHI). Majlis Jasamu Dikenang, Jasa Khidmat Setia dan Belasungkawa turut mewarnai HIMA pada kali ini. Majlis gilang-gemilang telah disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU).


Pihak Universiti mengucapkan tahniah kepada para pemenang HIMA Tahun 2022 dan sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Induk dan Pelaksana HIMA Tahun 2022 serta kepada semua pihak yang menjayakan penganjuran ini. Semoga UPNM terus mencipta kejayaan pada masa hadapan.


Kerajaan Perancis telah menjemput YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM untuk menghadiri Euronaval 2022 Expo di Le Bourget, Paris, France.
Turut serta ke Pameran tersebut adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Timbalan Panglima Tentera Laut Malaysia.

Semasa pameran berlangsung, YBhg. Naib Canselor dan delegasi UPNM telah melawat sebanyak 22 buah reruai di antaranya Thales, Naval Group, BAE System PLC, Airbus. Semasa kunjungan, YBhg. Naib Canselor telah bertukar pendapat dan membincangkan potensi kerjasama dua hala antara UPNM dan syarikat yang terlibat.

Semasa di Pameran Euronaval, YBhg. Naib Canselor juga sempat mengunjungi Booth Langkawi International Maritim and Aerospace Exhibition (LIMA Langkawi) yg turut mengambil bahagian bagi mempromosikan penganjuran LIMA Langkawi 2023 di Malaysia.

Pada hari terakhir, YBhg. Naib Canselor dan delegasi UPNM telah mengadakan mesyuarat bersama dengan Naval Group di Ibu Pejabat Naval Group bertempat di Paris. Semasa mesyuarat tersebut, delegasi UPNM telah diberikan taklimat serta perkembangan terkini program Industrial Collaboration Programme (ICP/Offset) di Ecole Centrale de Nantes, Perancis yang melibatkan pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah bagi pegawai dan staf UPNM.





YBhg. Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM sebagai Pengerusi Bersama telah melaksanakan mesyuarat berkala Jawatankuasa Pemandu Sesi Pertama bagi tahun 2022 di antara UPNM dan Naval Group France bertempat di Graduate School and Research Center in Digital Sciences (EURECOM) iaitu program di bawah Industrial Collaboration Programme (ICP/Offset) - kerjasama offset di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Naval Group France pada 16 dan 17 Oktober 2022. Mesyuarat adalah di bawah tajaan EURECOM.

Semasa kunjungan ke EURECOM, Naib Canselor dan delegasi berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama kakitangan UPNM yang juga merupakan pelajar EURECOM, Nice.

Sebelum itu, Naib Canselor dan delegasi telah menghadiri makan malam rasmi yang telah dihoskan oleh EURECOM.




#UPNMSharing
#UPNMPrihatin
#SayangiUPNMKita
#KitaJagaKita
#MenangBersama
#KeluargaMalaysia

Utk makluman, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan menganjurkan Minggu Perkasa Jati Diri Program Sarjana Muda Sesi Akademik 2022/2023 yang bermula pada 7 hingga 14 Oktober 2022 secara dalam talian dan 15 hingga 17 Oktober 2022 secara bersemuka.
Pada 6 Okt 2022 (Khamis), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menerima kunjungan hormat dari Kedutaan Qatar yang diketuai oleh Brig Jen Jassim Mohamed Al-Kuwari, Penasihat Pertahanan dan Mej Ali Nasser Al-Fadala, Penolong Penasihat Pertahanan. Kedua-dua pegawai ini telah disambut oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM dan Pengurusan Tertinggi UPNM di Bilik Singgahsana UPNM.

Perbincangan lanjut dua hala di antara UPNM dan Qatar University telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Senat dengan memfokuskan kolaborasi dalam kluster pendidikan, penyelidikan, program mobiliti pelajar dan staf serta penawaran program pasca siswazah di UPNM. Pertukaran pandangan juga melibatkan penerokaan bidang-bidang baharu yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah universiti ini pada masa hadapan.
Terdahulu Perjanjian Persefahaman antara UPNM-Qatar University telah dimeteri pada 16 Oktober 2017 bagi tempoh lima tahun.


Pada 5 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan General Sir John Kotelawala Defence University (KDU), Sri Lanka bertempat di Bilik Mesyuarat Canselori UPNM. MoU telah ditandatangani oleh YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM dan disaksikan oleh YBhg Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.
Terdahulu MoU UPNM-KDU Sri Lanka telah ditandatangani oleh Mej Jen Milinda Peiries, Naib Canselor KDU dan VD Kithsiri, Pendaftar KDU. MoU yang dimeteri pada 23 September 2022 telah disaksikan oleh En. Tan Yang Thai, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka.


Memorandum Persefahaman ini diperbaharui bagi tempoh lima tahun sehingga tahun 2027. Antara perincian yang direncanakan termasuklah penyelidikan bersama, pertukaran sabatikal pelajar dan staf, penyertaan dalam program kepimpinan dan pembangunan profesional serta penganjuran persidangan, seminar dan bengkel.
Turut hadir sama adalah Pengurusan Tertinggi UPNM dan staf Pejabat Naib Canselor Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat.

*Highlight Video: https://fb.watch/f-ePcbcXe0/?mibextid=vilDUR
Pada 5 Oktober 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Menara Westar, Kuala Lumpur telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Pertahanan Nasional Malysia (UPNM) Ke-49 Bilangan 3 Tahun 2022.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Syed Azman bin Syed Ibrahim, Pengerusi LPU UPNM. Dalam ucapan pembukaan, YBhg Pengerusi merakamkan penghargaan di atas kepimpinan YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya bin Abdullah, Naib Canselor UPNM dalam menerajui aspirasi dan halatuju UPNM ke arah kecemerlangan mutlak di persada nasional dan peringkat antarabangsa.

Dalam Mesyuarat LPU, YBhg Lt Jen Datuk Hasagaya Abdullah, Naib Canselor UPNM telah membentangkan pencapaian prestasi UPNM, program-program universiti yang telah dilaksanakan dan aktiviti-aktiviti akan datang serta penglibatan staf dan pelajar dalam kalendar bulan Mac hingga September 2022.
Beberapa kertas kerja juga telah dibentangkan dan keputusan-keputusan yang telah diambil oleh ahli LPU akan memberi UPNM untuk lebih berdaya maju dan berdaya saing dalam memartabatkan pendidikan, penyelidikan, pengurusan dan pentadbiran setaraf dengan universiti-universiti tersohor dunia.

Turut hadir dalam Mesyuarat LPU adalah YBhg Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi bin Buang TUDM (Panglima Angkatan Tentera), YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM (Bersara), Puan Azlinda binti Azman, En Md Taufiq bin Md Ralip, YBhg Dato’ Haji Md Pisal bin Ab Raub, Kdr (K) Datuk Zulkifli bin Ishak PSSTLDM, Prof. Dr. Abdul Ghapor Hussin dan Pengurusan Tertinggi UPNM.

HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
