21 Mac 2024 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-55 Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim.




Accessibility Tools
21 Mac 2024 - Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UPNM Ke-55 Bilangan 1 Tahun 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Canselori dan dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri (Dr.) Syed Azman bin Syed Ibrahim.




18 Mac 2024 - Dengan tema “Pendidikan Gemilang, Penjana Prestasi Cemerlang”, sebanyak tujuh (7) teras strategik telah diumumkan oleh Naib Canselor, YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad sebagai kerangka dan projeksi strategi UPNM dalam meneruskan momentum kecemerlangan tahun 2024 ini.
Bercakap kepada warga UPNM di Dewan Theatrette pagi tadi, YBhg. Naib Canselor turut mengumumkan 30 insiatif sebagai fokus utama untuk memandu hala tuju UPNM bagi mendukung aspirasi KPT.



Beliau turut menzahirkan harapan agar segala teras strategik yang ditampilkan tahun ini akan dapat direncana dan dilaksanakan menerusi pendekatan berstrategi dan berfokus.
Akhir sekali, beliau mengajak semua warga UPNM agar terus kekal dengan semangat serta kesediaan untuk mendukung prinsip tata kelola berhikmah atau wisdom dalam menyelesaikan apa jua isu yang mendatang.



*Lihat video pendek disini: https://www.youtube.com/watch?v=LLK8E5ggTy8
15 Mac 2024 - Memorandum persefahaman (MoU) yang termeterai antara UPNM dan TDA hari ini akan merintis ke Program Kolaborasi Industri (PKI) yang memfokuskan kepada Pembangunan Modal Insan (HCD), Pemindahan Teknologi dan Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan (R&D&C).




TDA sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan dan sebagai pengendali PKI peringkat nasional bagi bukan pertahanan akan memberi peluang kepada UPNM memperoleh manfaat yang lebih signifikan berteraskan kepada pembangunan teknologi, pembangunan sosial ekonomi dan industri. Selain itu, UPNM disasarkan sebagai Pusat Rujukan PKI di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dengan menzahirkan Persijilan Program Kolaborasi Industri Peringkat Nasional.



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah menganjurkan Kursus Systems Integration and Experimental Design, FSE Siri 3/2024 mulai 4 hingga 8 Mac 2024 bertempat di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, Selangor. Kursus ini adalah merupakan modul ketiga dalam Program Systems Engineering yang dikendalikan oleh UPNM dengan kerjasama University of Southeastern Norway (USN) dan Kongsberg Defence and Aerospace (KDA). Kursus ini dijalankan secara sepenuh masa melibatkan pegawai-pegawai daripada pelbagai sektor agensi Kerajaan seperti APMM, Angkatan Tentera Malaysia, STRIDE, UPM dan UPNM sendiri.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada penyepaduan sistem dan peranan pentingnya dalam pembangunan produk dan sistem yang kompleks. Majlis penutup bagi kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Mej Jen Dato’ Dr. Kwong Fook Wen (Bersara), Pengarah Kanan Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat) dan dihadiri wakil daripada pihak Kongsberg Defence and Aerospace (KDA).

7 Mac 2024 - Pada pagi tadi telah diadakan Majlis Graduasi Kursus Bahasa Arab anjuran Kedutaan Diraja Arab Saudi di Dewan Bestari, UPNM. Kursus ini telah bermula pada 5 Februari 2024 yang lalu. Seramai 21 orang graduasi daripada ATM telah berjaya menamatkan Kursus Bahasa Arab pada edisi kali ini. Hubungan baik antara UPNM dan Kedutaan Diraja Arab Saudi membolehkan UPNM dipilih sebagai lokasi penganjuran Kursus Bahasa Arab pada tahun ini. Kursus ini merupakan aktiviti tahunan Kedutaan Diraja Arab Saudi.




29 Februari 2024 - Hari ini UPNM telah menerima Lawatan Kerja UAE National Defence College (NDC) yang diketuai oleh Brigadier General Pilot Saif Khamis Obaid Al Yamahi, Brigadier General, Head of Delegation of UAE National Defence College. Lawatan ini bertujuan untuk melebarkan rangkaian kerjasama antara UPNM dan UAE khususnya dalam bidang akademik dan penyelidikan. Lawatan ini juga dapat menyumbang kepada pengantarabangsaan kecemerlangan akademik di UPNM melalui penawaran kursus-kursus pendek dan program pasca siswazah kepada pegawai-pegawai tentera UAE.





Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, UPNM menyertai Pameran Penyelidikan Malaysia Technolgy Expo (MTE) 2024 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) bermula 22-24 Februari 2024. Pameran MTE 2024 diadakan bertujuan untuk mempamerkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D), teknologi terkini serta memberi pendedahan dan peluang pemasaran terhadap reka bentuk produk dan perkhidmatan.

Sebanyak 6 penyertaan produk daripada 6 orang pensyarah/penyelidik UPNM telah menyertai pameran tersebut. UPNM telah berjaya mencatat kejayaan yang membanggakan dengan kesemua penyertaan telah memenangi pingat iaitu 1 Anugerah Khas, 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa.
Senarai nama pemenang adalah seperti berikut:
Produk: Vehicle Alert Radar System
Prof. Madya Ts. Dr. Ng Choy Peng
Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
MTUN TVET International Innovation Award dan Gold Medal Awards
Product: SecureSmartComfyLiving: Smart Home Cybersecurity Control using Artificial Intelligence (Deep Learning)
Prof. Madya Ts. Dr. Noor Afiza binti Mat Razali, FSTP
Silver Medal Awards
Product: Empty Fruit Bunch (EFB) Of Palm Oil As Electrical Insulation Paper
Encik Ja'afar bin Adnan, FKJ
Silver Medal Awards
Product: SuspeKatcher: A Video Recording and CCTV Analysis System for Criminal Investigation using Face Recognition Technology
Prof. Madya Mohd Hazali Bin Mohamed Halip, FSTP / PKSRID
Silver Medal Awards
Product: CARRAgYN - A Portable Water Filter Kit via Greener Membrane
Dr. Norherdawati Binti Kasim, PAP / CHEMDEF
Bronze Medal Awards
Product: Multi Sync Emergency Support System (MSYNC)
Kapt Prof. Madya Syed Nasir Alsagoff Bin Syed Zakaria (Bersara), FSTP
Bronze Medal Awards


23 Februari 2024 - Pada pagi tadi, Pusat Islam UPNM dengan kerjasama Unit Latihan dan Kompetensi, Pejabat Pendaftar UPNM telah mengadakan Program Ceramah Khas sempena Sambutan Israk dan Mikraj 1445H/2024M di Dewan Bestari UPNM. Turut hadir oleh YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor bersama Pengurusan Tertinggi Universiti. Ceramah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Che Amran bin Mohd Yusoff (Pengetua Madrasah Tahfiz Raudhah Al-Ilmi / Pendakwah Bebas) dengan tajuk "Iktibar Di Sebalik Peristiwa Agung".





22 Februari 2024 - UPNM dan UPM telah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai rakan strategik universiti dan menjadi tuan rumah bagi Program JENESYS 2024. Program yang melibatkan seramai 9 orang pelajar antarabangsa dari Jepun dan beberapa orang wakil pelajar UPNM. Program yang berlangsung selama satu hari ini di kawasan sekitar kampus seperti di Bangunan Jauhari, Pusat Maritim, PJTI dan Makmal Kejuruteraan.




Program ini bertujuan menggalakkan persefahaman di kalangan belia antara negara Jepun dan rantau Asia-Pasifik di samping membina jaringan perhubungan serta kerjasama masa depan. Dengan program ini, ia dapat menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam dikalangan belia mengenai ekonomi, masyarakat, sejarah dan budaya Jepun/Malaysia. Selain itu, hubungan diplomatik antara Jepun/Malaysia dapat dikukuhkan lagi melalui jalinan kerjasama dan persahabatan antara belia. Program ini juga menjadi platform yang baik dalam pembangunan dan pembentukan bakat belia Malaysia amnya dan UPNM khasnya.




HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
