![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

Accessibility Tools
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

6 Mei 2024 - Hari ini, UPNM telah memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dan menandatangani Dokumen Penyataan Niat (LOI) dengan tiga rakan strategik sempena Pameran 18thDefence Services Asia Exhibition and Conference (DSA) & National Security Asia (NATSEC Asia) 2024 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.



MoA bersama Huihuang International (M) Sdn. Bhd. berfokuskan kepada pengambilan pelajar antarabangsa dan LoI bersama Cendana Auto Sdn. Bhd. (CASB) berfokus dalam bidang penyelidikan dan inovasi bagi kenderaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala LoI dengan Asian Rail Academy Sdn. Bhd. (ARA) dalam bidang latihan pensijilan berfokus kepada bidang Keselamatan dan Penandaan Rel melalui Institut Pengajian Eksekutif UPNM (NIEEd).

30 April 2024 - YBhg. Lt Jen Datuk Mardzuki bin Muhammad, Naib Canselor telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga UPNM yang berlangsung di Dewan Zulfaqar. Naib Canselor turut meluangkan masa beramah mesra bersama pelajar dan kakitangan UPNM yang hadir. Turut hadir Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Tertinggi Universiti.














Delegasi UPNM yang dipimpin oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Azizi bin Miskon, telah berkesempatan untuk menjalin kerjasama yang erat dan membincangkan halatuju dengan beberapa entiti terkemuka. Antaranya Council for Scientific and Industrial Research (CSIR) di Afrika Selatan dan Universiti Pretoria serta kesempatan kunjungan hormat ke atas PYT di Kedutaan Malaysia.





21 Feb 2024 - Satu perbincangan telah diadakan pada hari ini bertempat di ibu Pejabat Nadicorp Sdn Bhd antara UPNM dan Nadicorps Sdn Bhd bagi mencerakinkan program ini. Perbincangan ini telah diketuai oleh YBhg Prof. Ts. Dato’ Dr. Ahmad Mujahid dan Lt Kol Lokman (Bersara) telah mewakili Nadicorps Sdn Bhd.












HUBUNGI KAMI
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur
dummy+06 03-9051 3400
dummy webmaster@upnm.edu.my
PELAWAT
