UPNM sertai NADI AGM & Retreat di Filipina, fokus rantaian bekalan pertahanan ASEAN.
20 - 24 APRIL 2026 | FILIPINA: Delegasi UPNM yang diketuai oleh Lt Jen Datuk Hj Abdul Halim bin Hj Jalal (Bersara), Felo Utama Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa (CDISS), menghadiri Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting (AGM) and Retreat.
Bertemakan “Mapping Defense Industrial Networks: Ensuring Regional Synergy and Secure Supply,” mesyuarat ini menjadi platform penting bagi negara-negara ASEAN menyelaras kerjasama industri pertahanan khususnya dalam memperkukuh rantaian bekalan yang selamat, mampan dan berdaya tahan.

![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
UPNM turut menyumbang melalui pembentangan kertas polisi “Defence Demand in Southeast Asia: Preparing for Uncertainty in the Indo-Pacific,” yang meneliti permintaan pertahanan dalam landskap Indo-Pasifik yang semakin tidak menentu.
Penyertaan ini mencerminkan peranan UPNM sebagai penyumbang pemikiran strategik serantau, selaras dengan aspirasi Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) dalam memperkukuh keupayaan industri pertahanan serta hubungan strategik Malaysia di peringkat ASEAN.







