Page 112 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 112
Penyelidikan dan Inovasi
21-22 Jun 2023 | Penglibatan dalam Track II Network Of Asean Defence And Security
Institutions (NADI) Secara Dalam Talian (Webinar)
Bagi siri bengkel pada kali ini anjuran Strategic Studies Center, Thailand pada 21 – 22 Jun 2023
secara dalam talian, Felo Penyelidik CDISS telah membentang dalam Session III “The Roles of
ASEAN and AMS in Building a Strategic Equilibrium with Major Powers in order to Strengthen
Sustainable Stability and Security in the Region” .
PUSAT KESELAMATAN SIBER DAN REVOLUSI INDUSTRI DIGITAL (PKSRID)
9-13 Januari 2023 | Network Centric Warfare (NCW) Course 2023 Anjuran bersama PKSRID,
UPNM dan CSIR Afrika Selatan
Kursus ini merupakan siri terakhir daripada perancangan empat (4) siri kursus yang mendedahkan
peserta kursus kepada prinsip asas yang terlibat dalam merekabentuk dan pengoperasian
sistem Network Centric Warfare (NCW) Capability Mangement dalam memahami strategi yang
mempengaruhi doktrin ketenteraan atau teori perang yang berusaha untuk menterjemahkan
kelebihan maklumat melalui rangkaian komputer yang boleh dipercayai dan teguh. Seramai
39 orang peserta terdiri daripada pegawai UPNM, ATM, APMM, BSEP, BSPP, PDRM dan pihak
industri (Mindmatics Sdn Bhd dan OpenApps Sdn Bhd) telah menyertai kursus ini dengan
jayanya.
Laporan Tahunan 2023
112 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia