Page 108 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 108

Penyelidikan dan Inovasi

              beberapa siri ujian telah dijalankan dalam penerbangan sebenar menggunakan dua (2) jenis
              pesawat ringan iaitu Piper P28 dan Cessna 172 yang disewa khas. Penerbangan telah dibuat dari
              Lapangan Terbang Subang ke beberapa destinasi seperti sekitar Selangor, Pulau Pangkor dan
              Pulau Tioman.

              5 Januari 2023 | Lawatan Industri ke Syarikat CTRUK Boats Sdn. Bhd. (CTRUK)

              CODRAT telah dijemput melawat kilang CTRUK Boats Sdn. Bhd. di Batu Berendam, Melaka.
              Lawatan turut dihadiri pensyarah daripada Fakulti Kejuruteraan dan UPNM Holdings Sdn Bhd.
              Jemputan lawatan dibuat bertujuan memberi pengenalan kepada operasi syarikat dan teknologi
              pembuatan berasaskan komposit. Dalam lawatan ini, turut berlangsung perbincangan antara




























              penyelidik CODRAT dan CTRUK berkaitan projek penyelidikan yang sedang dijalankan CODRAT
              iaitu  Wing-In-Ground  Vehicle  dan  Small  Arms  Sniper  Rifle.  Hasil  daripada  lawatan  tersebut,
              CODRAT  dan  CTRUK  akan  meneroka  peluang-peluang  untuk  bekerjasama  dalam  bidang
              penyelidikan dan pembangunan bakat.


              PUSAT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ANTARABANGSA (CDISS)

              9 Februari 2023 | Penganjuran Roundtable on Women, Peace and Security (WPS) Agenda
              CDISS telah menganjurkan Roundtable on Women, Peace and Security (WPS) Agenda. Penganjuran
              Persidangan mejabulat ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan dan pelaksanaan agenda
              “Women, Peace and Security” dari negara anggota ASEAN yang lain serta menjana idea bagi
              menyumbang kepada penggubalan “National Action Plan” (NAP) untuk Malaysia. Melibatkan
              dua (2) panel jemputan luar iaitu Ms. Teresita Quintos-Deles penceramah dari Filipina, mewakili
              ASEAN Women Peace Registry (AWPR). Beliau merupakan mantan Penasihat Presiden Filipina
              dan bercakap mengenai Proses Kedamaian Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front.
              Penceramah kedua ialah Ambassador Artauli RMP Tobing penceramah dari Indonesia. Beliau
              merupakan Penasihat Ahli Lembaga Indonesia, ASEAN Institute for Peace & Reconciliation dan
              dua pembincang iaitu Encik Satish Ranggayah, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian
              Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Brig Jen Hajjah Fadzillah binti Haji Abdullah
              TUDM, Ketua Pengarah Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.
              Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada staf UPNM serta agensi
              dari dalam dan luar negara. Laporan daripada perbincangan mejabulat ini akan dihantar kepada
              Naib Canselor UPNM dan akan diterbitkan sebagai CDISS Strategic Proceedings (Monograf
              Edisi Khas).

                   Laporan Tahunan 2023
              108  Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113