Page 114 - Laporan Tahunan UPNM 2023
P. 114
Penyelidikan dan Inovasi
18 Januari 2023 | Perbincangan Penghasilan
Bom Asap Bersama UiTM Hemrell
Engineering
CENTROP sedang menjalankan penyelidikan
penghasilan bom asap. Penyelidik CENTROP
bersama Penolong Naib Canselor (Penyelidikan
dan Inovasi) beserta penyelidik UPNM telah
mengadakan lawatan dan perbincangan
bersama pihak UiTM Hemrell Engineering
berkaitan penghasilan bom asap.
9 Mei 2023 | Ujian Menembak bagi Bahan Propelan (Nitroselulosa)
Pengarah, felo penyelidik, pegawai penyelidik dan pasca doktoral daripada CENTROP
bersama-sama dengan pihak STRIDE telah menjalankan ujian menembak bagi bahan propelan
(nitroselulosa) yang diekstrak daripada biojisim kelapa sawit. Ujian ini dilaksanakan bagi
mendapatkan data awal kebolehupayaan bahan tersebut untuk dijadikan sebagai propelan.
Laporan Tahunan 2023
114 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia