Page 21 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 21

Laporan Naib Canselor

              PEMERKASAAN MAHASISWA HOLISTIK

              Kurikulum  pengajian  yang  begitu  unik  menerusi  gabungan  aspek  akademik  kontemporari,
              disiplin, kepimpinan, sahsiah serta kerohaniah terus menjadi citra identiti dan kekuatan tersendiri
              bagi UPNM. Ia terangkum dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pembentukan mahasiswa
              sebagai  seorang  intelek  holistik.  Semua  inisiatif  tersebut  telah  terbukti  hasilnya  menerusi
              pencapaian  hebat  para  mahasiswa  dan  graduan  yang  telah  menamatkan  pengajian.  Antara
              yang paling signifikan, pencapaian UPNM dalam Kebolehpasaran Graduan UPNM bagi tahun
              2022 adalah yang tertinggi dengan 98.5%. Pencapaian ini juga berjaya dikekalkan hasil daripada
              sokongan padu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi penyaluran dana geran Penjana
              KPT-CAP  dengan  jumlah  keseluruhan  geran  sebanyak  RM999,500.  Dana  yang  disalurkan  ini
              telah dimanfaatkan secara optimum dan diyakini menjadi pemacu sinergi dalam mengekalkan
              momentum keberhasilan Kebolehpasaran Graduan UPNM.

              Dalam bidang sukan pula, para atlet mahasiswa UPNM juga terus melakarkan kejayaan demi                                                                                                               National Defence University of Malaysia
              kejayaan  di  mana  tujuh  orang  atlet  mahasiswa  UPNM  mencatatkan  sejarah  di  peringkat
              antarabangsa apabila berjaya menyumbangkan 4 pingat emas dan 2 pingat gangsa di Sukan SEA
              Vietnam Ke-31 2021. UPNM juga melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya pasukan
              bola sepak lelaki UPNM menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022.
              PENUTUP
              Berbekalkan keyakinan dan semangat jitu untuk terus memberikan khidmat bakti terbaik sekaligus
              menjulang Kewajipan, Maruah dan Integriti, seluruh warga UPNM bertekad untuk menjunjung
              titah  perintah  Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Seri  Paduka  Baginda  Yang  di-Pertuan  Agong
              selaku Tuanku Canselor, sebagai sumber inspirasi dalam melunaskan amanah sebagai sebuah
              gedung ilmu sandaran rakyat dan negara.
              Akhir  kata,  setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima  kasih  yang  tidak  terhingga  kepada
              Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, Ahli-ahli
              Lembaga  Pengarah  Universiti,  Pegawai  Pengurusan  Tertinggi  Universiti,  Ahli-ahli  Senat  serta
              terutamanya  seluruh  warga  UPNM.  Begitu  juga,  setinggi-tinggi  penghargaan  juga  diucapkan
              kepada rakan-rakan Universiti Awam dan Swasta, Kementerian dan agensi Kerajaan, rakan-rakan
              industri, rakan-rakan NGO serta media massa yang sentiasa berdiri teguh bersama-sama UPNM.
              Sesungguhnya,  segala  dokongan,  sokongan  serta  sumbangan  semua  pihak  kepada  UPNM
              sepanjang tahun 2022 amat dihargai. Saya yakin bahawa gandingan dan sinergi kerjasama yang
              begitu erat ini akan dapat diperkukuhkan pada tahun-tahun mendatang.
              Sekian dan salam hormat.

              “KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”







              DATUK HASAGAYA BIN ABDULLAH
              Leftenan Jeneral
              Naib Canselor












                20    LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26