Page 20 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 20

Laporan Naib Canselor

                 PENGUKUHAN TRADISI KEINTELEKTUALAN

                 Sebagai sebuah gedung ilmu yang dibarisi para sarjana yang tinggi daya intelektualnya, UPNM
                 memegang  status  sebagai  pelantar  pendidikan  yang  membawa  amanah  untuk  memastikan
                 keunggulan akademik dan tradisi keintelektualan sentiasa kekal lestari. Justeru itu, komitmen yang
                 tidak berbelah bahagi terhadap usaha peningkatan kecemerlangan akademik diteruskan dengan
                 pendekatan  holistik.  Bagi  mengekalkan  tradisi  keintelektualan  dan  percambahan  pemikiran,
                 pelbagai siri webinar perkongsian pengetahuan telah dilaksanakan oleh para pensyarah UPNM
                 sepanjang tahun 2022 yang turut melibatkan barisan akademia daripada rakan-rakan IPT.
                 Pada  tahun  2022  juga,  entiti  pentadbiran  akademik  terus  dipertingkatkan  dengan  kejayaan
                 UPNM  memperoleh  sijil  pengiktirafan  sebagai  Pusat  Penilaian  Pengakreditan  Pembelajaran
                 Berasaskan Pengalaman Terdahulu atau dikenali sebagai APEL oleh Agensi Kelayakan Malaysia
                 (MQA). Pengiktirafan ini sejajar dengan aspirasi UPNM dalam memperkukuhkan aspek kualiti
                 pengajaran dan pembelajaran serta menyahut aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam
                 memperkasakan pengajian sepanjang hayat dengan lebih sistematik dan inklusif.
                 PENYELIDIKAN DAN INOVASI

                 Usaha UPNM dalam mendaya upaya aspek penyelidikan dan inovasi diteruskan bagi tahun 2022
                 demi untuk memastikan kelestarian kecemerlangan Universiti di persada arena. Sepanjang tahun
                 2022, UPNM menerima sebanyak RM2,320,571.70 dengan 112 projek penyelidikan diluluskan.
                 Dalam aspek penerbitan, UPNM telah berjaya menghasilkan 786 penerbitan yang dihasilkan
                 oleh  penyelidik  UPNM.  Seiringan  dengan  itu  juga,  UPNM  terus  mencipta  kejayaan  dalam
                 pelbagai pameran dan ekspo penyelidikan berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
                 Antaranya, UPNM telah memperolehi 2 Emas dan 2 Perak daripada Malaysia Technology Expo
                 (MTE) 2022, 4 Emas dan 3 Perak daripada International Invention, Innovation and Technology
                 Exhibition (ITEX) 2022.













































                                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2022  19
                                                                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25