Page 19 - Laporan Tahunan UPNM 2022
P. 19

Laporan Naib Canselor

                                                                                   LAPORAN NAIB CANSELOR






































              Alhamdulillah,  saya  merafakkan  kesyukuran  ke  hadrat  Allah  SWT,  atas  segala  kejayaan,
              pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh UPNM pada tahun 2022. Pencapaian yang
              dicapai ini adalah manifestasi iltizam jitu serta kesepakatan seluruh warga UPNM yang telah
              berjaya menzahirkan sinergi teguh dalam usaha menempatkan UPNM di persada jaya. Hal ini
              juga membuktikan UPNM berada di landasan yang tepat untuk menjayakan aspirasi Kementerian
              Pendidikan Tinggi yang dijajarkan di dalam Pelan Strategik UPNM 2021-2025.
              PEMERKASAAN TADBIR URUS

              Kepimpinan  UPNM  yang  dibarisi  oleh  Ahli  Lembaga  Pengarah  serta  Pengurusan  Tertinggi
              Universiti yang berwibawa, terus bergandingan dalam mentransformasikan tadbir urus UPNM ke
              arah pemantapan ekosistem pentadbiran yang cekap dan amanah. Sebagai tonggak utama tadbir
              urus UPNM, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan terus giat menggarap idea secara kolektif
              untuk memastikan agenda pemerkasaan elemen kualiti dalam governan dan tadbir urus, tradisi
              keintelektualan, pengajaran dan pembelajaran, pengukuhan sahsiah dan kepimpinan mahasiswa,
              pengurusan penyelidikan dan inovasi, kemampanan pengurusan kewangan, hubungan strategik,
              serta  pengantarabangsaan  dapat  direncanakan.  Dalam  menyuntik  sinergi  baharu  seiring
              keperluan mutakhir, barisan kepimpinan UPNM turut menekankan penerapan amalan tadbir urus
              yang merangkumi sistem nilai berdasarkan kebertanggungjawaban, akauntabiliti dan responsif
              dalam urusan pentadbiran harian.
              Segala yang diusahakan pastinya demi untuk memastikan UPNM berupaya mendukung hasrat
              dan memenuhi ekspektasi pemegang taruh, masyarakat serta negara. Berhasil usaha gigih semua
              Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian, UPNM telah berjaya memperoleh keputusan Audit Bersih untuk
              lima kali berturut-turut daripada Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) bagi pelaksanaan
              Audit Pengawasan 2 dan 3 untuk Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001:2015 di seluruh
              kampus. Pencapaian ini juga disusuli pula dengan kejayaan UPNM mengekalkan penarafan Lima
              Bintang bagi pencapaian data kualiti sistem MyMohes (Sistem Pengumpulan Data Universiti
              Awam) sebanyak enam kali berturut-turut dan antara kedudukan tertinggi Universiti Awam yang
              mendapat markah 100%.

                 18   LAPORAN TAHUNAN 2022
                             Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24